Saturday, June 12, 2010

Tengah-tengah

Dah besar macam ini, kadang-kadang kita rasa banyak dah kita dah tahu sebab konon dah makin matang tapi hakikatnya?

Bak kata mak akulah;
“Kadang-kadang kita sibuk cakap kita tak mahu tak suka buat benda itu, tapi last sekali dalam sedar tak sedar kita yang buat.”

Pang! Tamparan hebat. Aku macam terdiam sekejap. Betul apa mak aku cakap.

Nak tahu tak apa aku buat?

Aku kuat membebel suruh adik-adik aku sembahyang. Kuat sangat.Memang stok yang paksa-paksa. Bukan diaorang tak sembahyang, sembahyang saje tapi lambat sengaja dilambat-lambatkan. Aku terpaksa mengaku masa kecil pun aku macam itu. Kira macam dah besar ini aku fikir tanggungjawab akulah nak suruh diaorang solat elok-elok.

Tapi lepas apa mak aku cakap, aku sedar kesalahan aku. Aku faham mak aku bukan menidakkan kewajiban bersolat pada awal waktu. Cuma cara menegur itu ada caranya Wan Najah Maryam, bukan ikutkan hati. Sebab aku biasa cakap aku tak suka orang tegur kasar-kasar and membebel panjang panjang *sebab aku tahu lah apa aku nak buat*, also aku suka orang cakap elok-elok.

See? Last sekali aku yang buat dalam sedar tak sedar.Maybe certain orang akan berfikir *Kalau macam itu, baik takyah cakap apa-apa, takyah tegurlah biar dia, orang bebel untuk kebaikan dia, dia taknak dengar, lantak dia." Tapi? Meh dengar ini.

Dulu kecil suka macam fikir masa dalam kereta, kalau pintu kereta tak lock betul-betul, budak-budak kecil main terbuka nanti bahaya tercampak keluar. Kan senang kalau lock yang betul-betul kuat tak bahaya pun. Mainlah pintu kereta macam mana pun takkan tercampak punyalah.

Lepas itu, fikir-fikir balik. Cuit! Kalau kuat sangat tiba-tiba emergency contohnya accident ke apa macam mana?Lagilah takleh keluar terstuck dalam kereta. Tak ada peluang nak selamatkan diri.Kunci kuat sangat tak boleh, kunci longgar sangat tak boleh. So macam mana?
Kunci tak kuat sangat + kunci tak longgar sangat= kunci biasa-biasa saja.

Sejak hari itu aku mula berfikir dalam apa benda sekalipun dalam hidup kita remeh ke penting ke mesti ada yang baik buruk. Kalau terlebih jadi macam ini kalau terkurang jadi macam itu.

Maka, konklusinya, tegur itu boleh Najah, boleh sangat tapi kalau biarlah berhikmah kerana sebaik baik perkara adalah pertengahannya. :).Also, Rasullullah bersabda 3 kali.

“Celakalah orang yang berlebih-lebihan”

=D. Jangan cakap jer. Buat-buat.

7 comments:

Yusuf said...

saya suka post ni.halus gila tp melekat kat otak & ouch kat hati hahahahaha good job ms blogger!

Najib Daud said...

ysuf mane plak ni .
yusuf azahan ke kak jah?
huhu

Yusuf said...

ha jawab kak jah! ;)

NajahMa. said...

btw, thanks yusuf =D

NajahMa. said...

Ajib, kak jah tak rase yusuf azahan kot.
Haa.tanye lah empunye badan >.< huhu

Anonymous said...

Ha jawab la tuan punya badan!tuan badan pun menjawab "salam w m najib,saya follower blog ni.apa khabar org jordan?" :)

Yusuf said...

Ha jawab la tuan punya badan!tuan badan pun menjawab "salam w m najib,saya follower blog ni.apa khabar org jordan?" :)