Sunday, June 6, 2010

Inferior?

Pernah tak rasa inferior? Taktahulah kalau ada yang tak pernah tapi aku pernah ah. Biasa dekat FB ah kekadang. Usha-usha orang episode stalk orang. Ayat standard;
Type name kat search fb profile.

A:"Seb bek tak private weh.Leh usha.Eh minah ni ke kau cakap.Wahhh.cun gilaaa wehhh"
B:"Aah.Dah ar kaya dowh.Stylo-mylo. Pandai."
A:"Ye kee?Memang perfect ahhh, best gila jadi dia."

*Random fact*
Personally, aku cam jarang ah stalk orang. Usha cm profile jer. Itupun perempuan je ah. Pastuh aku pangkah. Aku cam malas ah nak amek tahu. Lainlah kalau aku minat personaliti dia and nak jadikan dia kawan, aku add.

Apa aku nak pesan dekat diri kita ini. Setiap orang SERIOUSLY ada kelebihan masing-masing. Jadi, marilah kita hargai. Janganlah jadikan sesekali jadikan kecantikan dan kekayaan sebagai ukuran. Oh dia kaya, pandai, cantik. Aku dah lah tak cantik, tak kaya macam dia and tak delah pandai sangat.

Hey hey hey.tak boleh fikir macam itu tau.Sebab macam mana cantik pun, cantik yang bukan setakat lelaki kagum, perempuan pun sama, tapi kalau akhlak tak elok, sayang betullah kan? Akhlak itu penting penting dan penting. Sebab percakapan dan amalan itu adalah gambaran hati. Erm, cakap benda tak elok, buat benda tak elok, hati pun macam tak eloklah kan? Nauzubillah. Tak bestlah kan macam itu.

Jadilah Muslim yang mempunyai akhlak tinggi dan terpuji, jangan menjadi hamba kepada perut dan hamba kepada nafsu sendiri. Miskin harta bukanlah suatu kecacatan atau kelemahan. Tetapi kecacatan dan kelemahan yang sebenarnya adalah kerana ketiadaan maruah diri. Seseorang itu akan dipuji kerana keelokan perangainya bukan kerana kecantikan dan kekayaannya.=DD

Even Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik akhlaknya.

Seee!! Sweetnya Islam.Tak cun tak apa.Tak kaya tak apa.Janji akhlak kool baru kita jadi orang yang kool.Jom baikkan akhlak nak?

No comments: