Sebab-sebab aku jarang lepak dengan mat saleh ke orang bukan Islam.
1. Cara lepak lain. Diaorang enjoy arak and berpesta sampai pagi.
Satu situasi lepas kerja.
A; Jom lepak pergi dinner.
Aku: ....Erm tak surelah. Tengoklah camne.
A: Jomlaahhh dinner je.
Aku: Maybe not....(Yelah tu. dinner je. Tapi lepas itu borak sampai pukul 10/11pm. Lepas tu pergi shisha lepas tuh pergi bar, lepak sampai pagi, aku dahlah tak drive. Nanti kena tunggu tak pun kena amik taxi memalam sesorang. Taknak aku. )
2. Aku rasa leceh nak terangkan aku kene chow jap untuk solat, tak makan itu ini. Kadang macam malas nak panjangkan cerita so aku just bagi alasan. Contoh,
Situasi bila lepak reramai sekali.
Aku: Eh nak gi somewhere jap.
A: Buat apa?
Aku: Adelahh. Jap je. (Aku nak gie solat jap ni)
A: Alaaa buat apa?
Aku: (Tak boleh nak tipu ini)...Sebenarnya nak pergi solat.
A: La tak boleh solat nanti ke?
Aku: Tak boleh. Ni ada masa dia. Nanti masuk waktu ketiga. Yang kedua nanti tertinggal.
A: Banyaknya solat.
Aku: 5 kali solat.
A: B, kau solat 5x ?
B: Oh aku syiah. Najah sunni. Syiah boleh combine. Zohor and Asr. Magrib and isyak. So 3x sehari je. Takpun aku balik kerja, aku solat semua sekali harung.
A: Oh itu lagi efficient. Aku rasa kalau aku kene solat, aku wat cam kau.
Aku : (Pulak dah.....From solat, pasal sunni and syiah. O_O. Lagi susah aku nak terangkan.)
3. Benda yang borak tak sama.
Kira otak aku jammed. Takat cakap hi bye apa khabar oklah.Gossip dia bukan orang ini bercinta dengan sapa. Gossip diorang dia ini peringkat dia ini tidur dengan sapa terus. Helloo? Takleh brain langsung. Menyesal aku tahu.
XXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXXX
Balik kepada cerita outing.
Aku x hesitate sangat nak keluar dengan dia ini. Sebab sama tempat kerja. Aku dah terus terang aku ini camne cara hidup aku. Tak minum arak, tak pergi berpesta, tak pegang lelaki, makan makanan halal, solat. So jadi bile keluar aku rasa senang gila. Sebab aku tak payah nak mencipta seribu alasan untuk tak buat apa yang dia buat.
Dia datang jemput aku dekat rumah dengan kereta dia yang comel.
Bawah ini aktiviti aktiviti yang kitaorang buat sama sama. Aku selitkan juga perbualan yang bagi aku pening jugaklah nak jawap. Hehe.
Kereta Comel!
1. Ice skating.
Kitaorang skate untuk 2 jam! Nak patah gaklah pinggang ni. But dari sini, kitaorang borak perbezaan cara hidup and budaya kitaorang. Kawan aku cerita, sini lain gile from hidup aku. Perempuan boleh tidur dengan sesiapa je. Adalah yang sensible. Kawan dia seorang, mak bapak strict sangat suruh ikut agama Kristian, Kawan dia terus mengandungkan diri sebagai tanda rebel. Haha! Kat sini, lagi mak ayah larang, lagilah diaorang nak buat. Bukan rasa nak je, tapi buat terus. Sini, kalau bercinta terus macam laki bini. Takpayah nikah. Ala macam cerita mat saleh dalam TV. Apa korang nampak, macam itulah.Duduk berehat in between skating.
A: Kire bila kau dah kawen kau tak payah tutup aurat?
Aku: Kena juga.
A: La kenapa?Kata untuk laki kau ke. Dia dah nampak. So tak payahlah tutup dah bila keluar rumah and kau dah kawen pun. (Bukannya kau boleh kawen laki len)
Aku: Tak boleh. Nanti tu yang timbul affair lepas kawen tuh. Nanti fitnah. Laki lain akan tertarik juga. ( Aku tak tahu apa fitnah dalam english, serabut gakla aku dpk pk nak terangkan). Aku cakapla logically, Islam ini adil. Kita manusia akan suka menunjuk benda yang cantik yang kita ada. So Islam itu adil, masa muda kau cantik lawa, kau tutup. Bila dah tua, penuh uban, kau tutup gak. Bukan time buruk je kau tutup.
A: Ohh okayy. Paham.
Aku: Jom skate balek?
Getting ready!
Meet Emily!
2. Shopping mall.
A:Najah, cukurlah kening. Nanti lawa.
Aku: Tak nak. Nanti leceh, kena maintain. Nanti kening terabur bila tumbuh. (Refer point 2 (Reason reason malas nak kuar: Penat bagi alasan,))
A: Ala takpelah nanti aku bawak kau untuk maintenance.
Aku: Alaaa taknak. Takpelah.
A: Kenapa?Kenapaaaaa? Murah gile je. Tiga pound je.
Aku: Sebenarnya,,,, Dalam agama aku, tak boleh...... (Dah tak boleh cari alasan lain)
A: Owner kedai cukup kening tuh Islam kot. Kenapa dia boleh.Kenapaaaaaaa kau tak?
Aku: Well, yang tu masing masing. Apa yang aku paham untuk buang bulu yang tumbuh pada tempat yang kurangkan sifat kewanitaan perempuan cam contoh misai boleh. Tapi kening tak boleh. Pape yang Allah jadikan especially kat muka tak leh ubah.
A: Aku tak nampak apa beza buang misai and cukur kening. Kening lagilah jadi kan lebih perempuan.
Aku: Well, itu jelah aku dapat terangkan.
A: Aku dah pening dah. Banyak sangat larangan dalam agama kau especially kat perempuan.
Aku: Hurmmmmm. Aku tak rasa ini issue dia. Aku buat sebab aku nak wat bukan setakat ikutan. Cam kalau kau suka orang, kau ikut je apa die suruh buat sebab kau percaya dekat dia. Camtuhlah dengan agama aku ini.
3. Kedai India.
Sambil menjamu selera.
A: Najah, banyak gila benda english (Culture etc) kau tak tahu. Kau duduk mana selama ni?
Aku: HAHA.Aku dok sini tapi aku kawan dengan orang local yang bukan mat saleh. haha. Majority Asian. Kalau kau datang Whitcchapel baru kau paham. Kawan kawan aku ramai Pakistan, Bangladeshi, Somalian, Cina, India and paling ramai Melayuuuu! haha
A: Takpe nnt aku kenalkan kau ngan budaya aku like makanann ape sumee.
Alhamdulillah so yummy!
4. Baking!
Najah jom buat kek. So, bersama samalah buat kek. Hehe. Sementara nak buat aku perlu Maghrib. Jadi dia tunggu kat katil aku. Aku solat. Dia cakap eh bukan tadi dah solat? Solat lagi? Finally dia dapat tengok camne aku solat. Selama ni dok hairan aku solat camne. Haha
Victoria Sandwich
200 g butter+ 200g sugar+ 200g self raising flour+4 eggs
Double Cream
Strawberry
Strawverry jammed
Inconclusion:
Alhamdulillah, it was a very productive day. Aku rasa bestlah lepak ngan dia. Aku happy yang die hormat cara aku and raikan cara aku rather than aku kene ikut cara dia. Aku di sini bukan dalam posisi nak judge cara hidup orang bukan Islam seolah olah aku lagi baik tapi peluang ini dapat bagi aku selami pemikiran and cara hidup diaorang.
Sendiri menjadi saksi yang haram menjadi sesuatu kebiasaan dan halal menjadi suatu yang sangat janggal. Apa yang Nabi Muhammad SAW cakap akan berlaku, aku jadi saksi. Aku jadi takut. Salah satu tanda kiamat ibu melahirkan tuannya. Kawan mat saleh aku pernah cakap "Mak aku adakah orang gaji aku." Terus aku cam........
Lagi satu sekarang, if ada nak buat something especially dalam melaksanakan kewajipan sebagai seorang Islam, terus terang je senang. Selagi kita boleh hormat cara hidup diaorang yang x de pegangan agama selagi tu diaorang x ada alasan untuk tak hormat pegangan and agama hidup aku. Respect does not mean kita approve it kan.
Moga moga Allah bagi kekuatan bagi kita lebih kuat iman, istiqamah and berikan hidayah pada kita semua termasuklah kawan mat saleh aku seorang ini, ameen ya rabb!
3 comments:
comelnya kisah kak jah! bila nak datang london ni~~
glad you had a good time doc!
Wah comel..
Post a Comment