Monday, October 22, 2012

Kita dapat apa yang kita beri.

Bismillah. Alhamdulillah. I am getting better. Yeay. Alhamdulillah again.

Sebenarnya, weekend baru berlalu ini, in Broomfield ini, terkena Norovirus from the ward that attended which causing me vomiting and diarrhoea since Sabtu malam. Patutlah 3/4 hari sebelum itu asyik fatigue saja. Terlebih tidur. Rupanya tak sihat.Anyway, alhamdulillah. I am in recovery process.


                *********************************************************************************************

Aku pernah melalui situasi di mana aku berkata kepada mak aku. 

Aku : ' Ma, orang Melayu dekat London ini sombong-sombong. Jumpa dekat tengah jalan. Masing-masing buat dek saja. '

Mama and babah : ' Dah you tak senyum dan tegur dulu, siapa suruh? Lain kali, nampak orang Melayu, tegur saja, tak payah tunggu orang itu tegur dulu.'

Zapp. Since hari itu, aku seboleh boleh akan cuba untuk tegur dulu. Cuma kalau lelaki, aku tak surelah apa yang aku patut buat. Haha. Sebab cuak kalau brothers (budak usrah), aku tak pasti sama ada sapaan aku wajar atau tidak sebab tiba-tiba kalau awkward moment macam mana kan? Tapi insyaAllah, tak  awkward kot, ish tak baiklah Najah sangka buruk. Puk karang!

Point cerita di atas adalah kita dapat apa yang kita beri.

Antara perkara-perkara yang kita boleh berikan kepada orang dengan percuma. Tapi kena pengorbanan sikitlah iaitu ego diri kita and segala buruk sangka kita terhadap orang lain.

1. Kasih sayang.
Bila kita lihat or jumpa seseorang yang kita dah lama or baru kenal, lihatlah and layanlah mereka dengan  penuh kasih sayang. Kasih sayang seperti kita sayangkan ahli keluarga kita, mak ayah dan adik beradik kita. Treat them nicely tanpa harapkan balasan tanpa sedikit pun. Bila treat orang rasa kasih sayang, nak kutuk or ngumpat pun rasa tak sampai hati.  Try buat. Nanti serius, kita pun turut rasa kasih sayang orang itu pada kita. Rasa macam, oh inilah rasanya. 

2. Senyum.
Tak kisahlah orang yang kita senyum itu, tak senyum balik. Asalkan niat kita kerana Allah, bukan nak menggatal, :p. La apa sangatlah pun kalau orang itu tak senyum balik, kita hanya rasa segan and macam malu sekejap jekan. Sekejap je.Patutnya bukan kita yang malu, tapi orang itu yang malu sebab senyum merupakan nilai yang baik, kenapa dia nak nafikan? 

Comel kan. Puk karang baby ini. Hehe.

3. Salam.
Perasan tak kita bagi salam hanya dekat orang yang kita yakin dia akan senyum and jawap salam kita balik?Orang yang muka masam sikit, kita macam tak berani nak bagi salam. See! Nak bagi salam pun siap pilih-pilih lagi and sangka buruk. Entah-entah bagi salam, orang yang muka masam terus jadi happy sebab sapaan salam kita yang merupakan doa bagi dirinya. Indahnya Islam! :)


Mari kita sama-sama try amalkan dulu yang tiga ini. It is soo much easier said than donekan? Takpe, pelan pelan. Niat baik Allah sure tolong. 

So, marilah kita sama-sama sentiasa perbaiki diri kita supaya kita minta dekat Allah; kasih sayang  daripadaNya supaya kita mengasihi terhadap diri kita sendiri dan agar kita dapat kongsikan kasih sayang yang kita ada itu  kepada orang yang lain. Minta pada Allah, beri pada manusia. InsyaAllah.

Hanya apabila kita melihat orang lain dengan kasih sayang, orang lain akan melihat kita dengan kasih sayang. Kita adalah apa yang kita beri sebab,

"Hanya orang yang sayang dirinya dapat menyayangi diri orang lain. Dan orang yang benci dirinya  lebih gemar mengkritik and membenci orang lain."

So, mari kasih mengasihi demi Allah. insyaAllah. :)
#Title ini tak ada kaitan dengan Norovirus eh. I got it not because I transmitted it to someone else. :p


#Conteng sikit.
Dulu masa sekolah, time exam, sila beri kelebihan orang yang bercakap benar, or anything else yang berkaitan sifat mahmudah. Skema jawapan.
a) Disayangi Allah dan Rasul.
b) Disayang keluarga dan kawan-kawan.
c) Dihormati oleh masyarakat.
d) Dijauhkan daripada api neraka.

Tapikan, sayangnya, pengetahuan kita itu kita hanya hamburkan ke atas kertas peperiksaan tanpa kita cuba sedikit pun menghayati apa yang berbuih cikgu/ustaz/ustazah kita sampaikan. Yang penting dapat result Akhlak 50/50. 

*Zaman sekolah agama dulu. :p. Kalau 48 or 46 /50 macam down habis, wonder like apalah yang aku salah ni. :p. Exam oriented betul. 

Thursday, October 18, 2012

Doakan please.

Assalamualaikum! 


Oh hi siapa yang membaca ini. How are you? Alhamdulillah, I am all good  ^_^. Sekarang ini, saya berada di Chelmsford, Essex. It 's like +/- 1 hour away from London by bus and train. Saya ada rotation Health Care of Elderly at Broomfield Hospital which so far alhamdulillah good.

My previous rotation was really good. Met nice people and will hardly forget them insyaAllah. Boleh tak tulis something sebab tak nak lupa. The feelings was so nice at that time and if possible, sekiranya dipanjangkan umur, tak mahu lupa.

#I have told some people about this, my close friends and I tweeted too. I am sorry kalau korang macam terpaksa dengar sekali lagi kalau korang terbace post ini. Bagi orang yang dah pernah dengar, sebelum korang sambung, better stop sampai sini.


I have always like this one lecturer ini. Dia pernah ajar sekali dua masa second year and also in 4th year too. Although, he looks serious but I kinda like attending his lecture cause dalam lecture, he would explain properly about what he has stated in the lecture notes.

Some things he did that impressed me a lot are:  
1.  He as a Rheumatology Consultant,  made a tea and pass it  to his Senior House Officer. So far, tak pernah langsung jumpa Consultant buat tea untuk orang bawahan dia.Memang masa itu rasa like, "Wow! His values."

2. He developed a very good rapport with the patients. Dia siap tahu few words in Urdu sebab mostly patient sini from Pakistan, India, Benggoli. I was like, waa, he bothered to know some words in that language.

3. In clinic, he insisted to walk and call up the patients names by himself where else I do not mind at all doing that for him. Dia cakap, "You sit and let me do it". Some other doctors lagi happy if I m doing all those things but with him, no. Dia tak mahu susahkan orang.

4. He was drinking a tea in front of me and felt so bad without making me one. So he went to the kitchen to make me one. Time itu rasa masyaAllah. 

Akhlak dia sangat baik tapi sayang dia bukan Islam, dia tak lakukan kerana Allah. And time itu rasa macam, mat saleh belajar good manners from ethics, kita orang Islam, punya Rasulullah, contoh tauladan terbaik and punya akhlak Al-Quran, siap belajar dari sekolah agama pun kita gagal nak punya akhlak yang baik. :(

Anyway, then after my very last clinic, he said to me that he wants to make me as his mentee  to make sure I will do well in medical school. Time itu rasa macam yeay alhamdulillah. hehe. Sukelah kann bila your favourite consultant cakap macam itu.

Then, yesterday, Emy texted me telling that this Consultant asked Emy if she knows me.*Emy is on her rheumatology rotation under him. He also said to Emy that I reminded him to his child and dia rasa nak adopt me jadi daughter dia je. Bila Emy told me that, terjawaplah segalanya. Patutlah.

No wonder he treated me so well, I seriously feel like being treated as his own daughter. Haha! Sorry. I  am just being excited. 

Saya berdoa and sangat berharap sekiranya dikurniakan kudrat, kekuatan dan kesempatan, I want to get to know him better and berharap sangat sekiranya Allah memberikan saya peluang untuk mengenalkan dirinya kepada Islam. InsyaAllah. Doakan semua please?. Amin ya Rabbal Alammen.

Tapi insyaAllah apa apa yang terjadi pasti ada hikmahnya. insyaAllah. :) Yakin Najah. Allah Maha Mengetahui.
Also, marilah kita sama sama mempertingkatkan Akhlak masing masing kerana Allah.insyaAllah! :)

Wednesday, October 3, 2012

Perkahwinan






                                    
                          Coffee talk about marriage means this post has to be a little bit long :P

Teringat aku saat aku habis SPM. Teringin sangat nak belajar luar negara. Satu phase yang aku nantikan lama dah, berhajat untuk kembali ke tanah di mana mak aku lahirkan aku , di UK tapi aku pendam elok-elok dalam hati, incase tak kesampaian, aku tak adalah berasa hampa sangat.

Tup tup tup. Tunggu interview mara. Sementara itu, dapatlah juga interview Khazanah. Oh yea, hanya 2 interview saja yang aku pergi. Pada masa yang sama, terdengarlah cerita orang itu dah fly pergi Australia; parents bayar ,orang ini dah fly sebab shorcut programme Russia.

Dalam hati, rasa excited sangat and happy for your friend sebab masa mereka fly dah sampai, tapi dalam pada happy, bercampur dengan perasaan risau untuk diri sendiri yang masih tak nampak ada harapan nak fly ke tak and tak tahu pergi negara mana. Tapi cepat-cepat tepis perasaan negatif, insyaAllah dapat. Bisik hati kecil aku.

Yeap, alhamdulillah, dapat. Dapat buat preparation IB Diploma di Kolej Mara Banting selama 2 tahun. Tahu tak, inilah program yang aku paling taknak buat sebab program 2 tahun terasa lama sangat lebih lebih lagi kawan-kawan lain dah fly awal, apakan daya, selaku hamba, kita hanya merancang, Allah menentukan.

                                     

Nak pulak tengok gambar mereka main snow,pergi melancong di facebook lagilah menyebabkan aku excited semacam. Alhamdulillah, walaupun 2 tahun menempuh IB yang penuh dengan suka duka, takdir Allah telah melayakkan aku pergi belajar di UK, yang before this aku rasa macam agak mustahil untuk pergi since saingan nak pergi UK agak sengit.

Dalam masa yang sama, teringat dulu berborak dengan rakan-rakan yang dah fly terlebih dahulu. Yang di Russia cerita dekat sana, bosan, masyarakat tak suka foreigners, tak ada apa nak buat. . Mereka cakap aku untung sebab dapat belajar dekat UK boleh travel sini sana, dahlah dekat London memang bestlah and mereka pesan sementara masih di Malaysia, hargai kehidupan and keluarga sebab dah fly nanti agak lonely, independent sangat, tak best.

Agak-agaknya kan apa motif aku cerita ini semua? Aku cerita ini sebab sekarang kita berada di phase perkahwinan, which sebenarnya perkahwinan termasuklah dalam rezeki yang telah dijanjikan Allah setelah kita berusaha, same saja seperti kisah fly kita sebelum ini di mana itu adalah rezeki juga.

Ada orang fly lebih awal disebabkan tahu nak buat course apa, tahu nak pergi negara mana lebih lebih lagi parents berkemampuan, Ada orang fly awal just sebab dia dapat shorcut programme walhal dia tak pernah terfikir pun dapat fly awal or buat course yang ditawarkan. Takpun ada orang fly awal sebab parents dia berkemampuan and tetapkan awal-awal course apa yang dia kene buat.


                                               
                                                        Mase aku first year.

Kita fly lambat sebab kita nak pergi negara seperti UK, Ireland. Negara-negara yang memerlukan kita untuk berusaha lebih keras sedikit tapi negara-negara dia maju and yang dicopkan oleh sesetengah orang sebagai best. Orang yang fly awal walaupun mereka mengatakan negara mereka tak best, tak majulah apa, but still they  survived and score the advantanges of fly awal and dapat degree awal.

See? Tak kisahlah dalam apa jua situasi yang Allah letakkan kita, pasti ada pros and cons dia, ada dugaan yang tersendiri. Pada saat kita lalui, kita tak nampak hikmah. Tapi bila dah lalui, rasa wow subhanallah sangat ketetapan Allah. Ingat, pada setiap kesusahan, akan bersama-sama dengan kesenangan. 

Begitu juga dengan perkahwinan. Dulu zaman tengok gambar orang fly, main snow, pergi melancong. Sekarang penuh gambar di FB lately, orang nikah, bertunang, berdating segala macam. Kita tengok, terdetik di hati, "Agak-agak bilalah turn kita pulak, and dengan siapa kita bakal end up?" Mula terasa risau.

Haha!Korang rasa risau kan? Ke tak? Kalau aku, aku ngaku ketenangan aku sedikit terusiklahkan. Tipulah kalau kita tak wonder dengan siapa kita bakal end up with. Hal ini bukan among yang single saja, even yang dah couple tuh pun kena risau sebab; suka and cinta sangat kita dekat someone pun tak semestinya ada jodoh. Kan, kan kan?


                                                 
                                                    Bestfriend saya baru kahwin hari itu! :)

Sama macam orang yang dah fly awal pesan macam macam kepada orang yang belum lagi fly. Orang yang dah kahwin, atau yang bertunang, masing-masing berpesan. Cari suami elok elok, hargai masa muda,single, tuntut ilmu sebanyak mungkin, hargai kawan-kawan. Kahwin suatu alam yang baru, perlukan komitmen, kekuatan, kesetiaan dan paling penting, tak boleh berpatah balik. *Gulp*

Sekarang, cuit, usah biolkan kepala. Saya menyeru kepada diri saya and sesiapa yang terbaca ini, jodoh adalah termasuk dalam rezeki yang telah ditetapkan Allah. But still kene bubuh effort juga. Kalau keadaan kita yang belajar ini tak mengizinkan kita bubuh effort nak kahwin, apa kata diri saya and kita semua bubuh effort ke arah pembaikan diri bukan sahaja untuk ke fasa perkahwinan tapi untuk sepanjang kehidupan kita dunia dan akhirat.

Kadang kita rasa kita dah jumpa orang yang paling kita suka, yang kita rasa diri orang itu calon terbaik untuk jadi isteri/suami kita, tiada apa boleh pisahkan. Tapi tunggu dulu, ingat, ada suatu kuasa yang boleh pisahkan atau satukan kita dengan orang itu iaitu Allah.

Puaslah bercinta, bersulam kasih bertahun tahun tapi Allah kata putus di tengah jalan, kita boleh ke pakse hubungan itu bersambung balik? Walaupun orang itu sayang sangat dekat kita, kita sayang sangat dengan orang itu. Tak bolehkan? Maka, conclusion, kembalikan segala urusan kepada Allah.Allah Maha Mengetahui, Allah pasti permudahkan semuanya sekiranya kita berusaha menjadi hamba yang baik.

Perkahwinan bukanlah suatu perkara yang boleh disandarkan kepada cinta semata-mata kerana perkara yang kita excited sangat pada mulanya akan menjadi routine sepanjang hayat kita sama macam kita fly, dulu excited sekarang rasa biasanya.

Personally, bagi saya, perkahwinan adalah medan kehidupan di mana seorang lelaki and seorang perempuan yang hidup bersama untuk melengkapi kekurangan diri masing-masing supaya berusaha bersama-sama, berjuang untuk menjadikan diri-sendiri lebih baik dari hari semalam demi mencari keredhaan Allah.insyaAllah.
                                                   
Life is just a phase, all these things such as marriage etc we think are BIG right now are just phases we'll forget about, just like nursery, school, secondary school, college, all gone and and forgotten about now but was such a big deal at the time. We grow up, graduate, get married, have kids then we'll die. Kematian adalah suatu yang pasti, so that's the only thing that is BIG all the time. Hehe.

InsyaAllah. Post ini adalah reminder untuk diri yang masih bertatih meniti kehidupan. Eceh. Hehe :)
Mari berjuang.Bismillah!

Thursday, September 27, 2012

Orthopaedic



Assalam! Oh pertama tama sekali nak minta maaf dengan diri sendiri sebab sepatutnya saya nak belajar malam ini tapi saya nak sangat buat post ini.Peristiwa yang berlaku ini macam best and insyaAllah saya tak nak lupa. Kalau lupa nanti, boleh refer blog ini. :).


Oh, before that, alhamdulillah, saya 4th year medical student. Sekarang saya rotation orthopaedic (Pasal tulang, sendi). Baru mula 3 hari dekat hospital. Tapi so far alhamdulillah! Rasa best. Suke. Paling suka hari ini. Nak tahu takk kenapa?

Hospital ini terbaiklah. Cun habes.

Sebab.Hari ini masuk surgery dekat Hospital Royal London, hospital tercanggih and paling up kat UK ini hehe. Total knee replacement. Masuk time in the middle of surgery sebab pagi itu ada tutorial dengan rheumatologist who I have always respect and like the way he teaches us. Anyway, masuklah  saya ke dalam operating theatre dengan rasa cuak-cuak sebab takut kena marah masuk lambat.

Dipendekkan cerita, dah masuk dalam theatre dah. Tak ada siapa marah pun. Tengok ade seorang consultant  and ada satu assistant je, rase nak scrub in (nak assist the operation) juge tapi macam cuak nak tanye. Then again. Monolog dalaman lagi. Bila nak stat saja monolog, I ll try my best to skip that and terus tanya.

The answer was yes! Yeay! Alhamdulillah. Pukul satu lebih, the first assistant had to leave sebab she got clinic. It was only me and consultant left. Apa lagi memang jadi assistant betul-betullah. Suction, clean up, pegang sini sana bagai kena buat. Jam tak tengok langsung. Sebab excited. 


Terasa macam heroin dalam movie pulak :P. Dalam satu scene ini, ada satu plastic plate has to be inserted into a metal case on the patient's knee. Puaslah consultant asyik betulkan, the plastic plate did not fit well into metal case. 2 jam dah berlalu. Tolong sikit2 pegang kaki patient itu. Lepas tuhkan, consultant cakap, 
                                          "Najah, take the hammer and bang on this."

Aku macam what? Tak reti. Takut salah ketuk and ketuk tak kuat. Tapi aku skip monolog dalaman again and terus berdoa dalam hati."ya Allah, please ya Allah, aku tak reti but I ll try my best dengan izin Kau." Gagal. Gagal. Lepas itu, rest sekejap. Sekejap saje. Then, consultant nak sambung balik.

"Okay Najah, instead me holding the bangbang* and u holding only the hammer, now u take both hammer and the bangbang, knock on  the plate that I am holding." Terbeliak mata aku. Tak pernah buat kot. Lepas itu nak buat dekat lutut orang. Semua orang as in nurses semua tengok saja and berharap pada aku. 

Akulah harapan mereka supaya surgery cepat habis. Terase tekanan tapi tak apa kita kembalikan tekanan yang kita kepada Allah, kerana kalau kita bergantung pada diri kita, kita akan stress tapi kalau kembalikan kepadaNya, tak kisah apa jadi. Alhamdulillah, layan saje.


1st try, terketuk jari consultant aku. Second try, alhamdulillah! Masuk! Aku macam tak percaya! Haha! Lawak sangat! Aku macam " Really? Are you sure?" Audience as in staffs dalam theatre semua tepuk tangan sebab berjaya.  rasa alhamdulillah sangat, lega and  excited. Terasa macam heroin movie yang baru habes shooting :p.Dengan izin Allah aku berjayaa!

So alhamdulillah setelah 2 jam lebih consultant aku struggle ngan plate itu, akhirnya masuk juga dengan izinNya, masuk! Consultant itu cam cakap thankyou ape semua, and aku insyaAllah tak lupa apa yang berlaku hari ini. Sebab mane tahu, dengan berlakunya ini, I might consider orthopaedic surgery as one of the areas I want to specialise in. Who knows? Only Allah knows.



Berangan nak jadi surgeon lah pulakkan?


Pengajaran.
1. Nak buat suatu yang baik, jangan bertangguh, kurangkan monolog dalaman.
2. Dont sangka buruk. Belum cuba tanya, belum tahu.
3. Kebergantungan kepada Allah semata-mata.  Yakin. Urusan yang baik PASTI Allah permudahkan.  Pasti. Allah berfirman, " Aku adalah menurut sangkaan hambaKu."

InsyaAllah.sorry type banyak sangat and kalau bosan. Kenangan. Haha.

*bang bang tuh pemberat. Pemberat itu yang kita ketuk pakai hammer untuk bagi tekanan dekat plate supaya masuk bekas besi dekat lutut tuh."

Sunday, September 2, 2012

Its hard to say goodbye.

Perasaan nak balik London adalah perasaan yang sukar nak digambarkan. Sangat. Terlalu.

Ni tinggal seminggu. Perasaan sedih dah mula dah. Haha. Warm up lah kononnya. Supaya the day itself tak rasa sedih sangat. Boleh tak kalau nak skip saja episode dekat airport itu? Bolehh tak?

Bila kaki melangkahh saja turun escalator nak pergi check in. ya Allah rasa dia macam okay, lepas ini aku on myself. Tapi alhamdulillah, sangat bersyukur dilahirkan di dunia sebagai seorang muslim. 

Sebagai seorang manusia, sekiranya kalau kita bergantung sepenuhnya terhadap kemampuan dan keupayaan kita sendiri, kita akan tertekan. Betulkan?

Tapi istimewanya kita dilahirkan sebagai seorang muslim dan insyaAllah seorang mukmin di mana kebergantungan kepada Allah menjadi kita seorang yang tenang dan tabah menghadapi kehidupan.

So, Najah,  tak mahu rasa sedih-sedih and emo-emo. Hargai masa seminggu ini. Tak payah larut dalam perasaan sedih ini semua, perasaan negatif. Tak mahu layan. Please?

Nanti insyaAllah, bulan 12 nak balik lagikan? Nak masuk 4th year? Nak jadi doctorkan?Desas desus kuat mengatakan 4th year tahun paling susah, maka oleh itu kene bersemangat! Fighting!

Tak mahu mengeluh. Tolak perasaan negatif. Jadi anak solehah, jangan melawan mak ayah, jangan fikir banyak sangat.Bertenang. Jadi orang cool haha tapi macam tak boleh sebab terbiasa gelabah sikit.

Okay siapa yang terbaca post ini doakann saya semangat untuk berjihad belajar elok elok, cool saja time nak balek London, and dapat buat yang terbaek untuk last week of summer holiday in Malaysia.

InsyaAllah! :) ya Allah permudahkanlah jangan Kau susahkan. Amin.

Ingat nak bubuh gambar pape tapi tak jumpelah nak buh gambar apa. Babai. Take care! ^_^

Tuesday, August 28, 2012

Cinta kilat

I heard this ceramah by KH Zainuddin MZ. Dekat sini http://www.youtube.com/watch?v=w4e9CoSl2Nc&feature=related

Cinta adalah 5 huruf yang persoalannya tidak akan pernah selesai.

1. Melahirkan keindahan
2.Menimbulkan energy, semangat.
3. Membawa pengorbanan

Mencari jodoh memerlukan penelitian dan pengamatan yang mendalam.

Bagaimana seseorang memilih jodoh dalam kehidupannya.
1. Rupa
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana rupa kerana ia mencelakakan, sengsarakan suami.
2. Harta
Janganlah kamu mengahwini perempuan kerana harta mendatangkan kesombongan.

3. Keturunan
Kahwini keturunan yang baik dengan harapan dapat melahirkan anak cucu yang baik baik bukan untuk membangga diri.

4.Agama
Pilihlah agama kerana itu akan membawa kebahagian.Agama adalah pilihan UTAMA walaupun rupanya sederhana, harta banyak atau sikit, keturunan biasa biasa tapi bisa menyenangkan hati  dan taat suami.

Kita manusia memang terpesona dengan penampilan di mana penampilan tidak selamanya mempamerkan keaslian.

Budak yang hitam legam yang beriman masih lebih baik daripada orang yang kafir yang cantik, hensem, jelita, lebih mempesonakann.

Yang paling celaka, keempat empat unsur di atas tak ada. Opps.

Tanda perempuan yang baik untuk dikahwini antara tanda tandanya.
1. Kalau dipandang, dia sanggup menggembirakan kamu.
2. Bila diperintah, dia taat.

Kecantikan zahir diimbangi kecantikan batin dipengaruhi oleh agama. So, agama important!

Moto Cinta Kilat: 
Aku lihat, Aku pikat, Aku dapat, Aku sikat, Aku minggat(ran away), Bangsat.

Moto ini macam kelaka kan. Ceramah ini best. I heard this coz my dad yang pasang. So layan!

Friday, August 24, 2012

Raya

Assalamualaikum!

ya Allah, berhabuk nya dah blog ini. Habis exam, balik Malaysia terus lupa diri eh Wan Najah Maryam! Hehe. Dari sehari ke sehari nak update nak conteng sikit sikit tapi type sikit, pangkah. Apalah kan. Anyway, alhamdulillah, dah selamat raya dah! Siapa yang baca ini saye nak ucapkan selamat hari raya maaf zahir batin! :)

I can say that my 3rd year ini sangat terlalu eventful. Alhamdulillah. I have to say it was challenging but thanks to Allah, with His help, I managed to get through it. Dah nak masuk 4th year! Lagi berapa hari nak kembali ke tanah London. Macam biasalah bebel taknak balik tapi kena balik kan kan. Kata nak jadi doctor kenalah belajar rajin rajin kan?

Saya letak gambar raya saya. Saya nak tulis panjang-panjang tapi macam malas? huuu.Oh ha ni gambar raya saya! Nanti bila -bila kita jumpe lagi okay?babai Wassalam! :)