Showing posts with label sekolah. Show all posts
Showing posts with label sekolah. Show all posts

Tuesday, July 21, 2009

comel!

Aku : "Haziq, meh duk sebelah cikgu ni."
Haziq :"xmo2.xnak.cikgu pergi jauh2.cikgu muda sangat."

Aku hanyu mampu tersenyum melihat telatah anak murid lelaki aku yang seorang ini. Umur 15 tahun badan dan perut dia berisi. COMEL sangat!.Malangnya, dia tak benarkan aku mendekati dia. Patutlah semasa hari pertama aku puji tulisan dia cantik sangat tapi muka masam mencuka. Rupanya pemalu dengan perempuan, sebab dia hanya ada adik perempuan yang berumur 2 tahun.

Aku : "Cikgu ni boleh jadi emak kamu tahu tak, cikgu dah umur 30 tahun dan dah kahwin pun."
Haziq : "Cikgu tipu.cikgu muda lagi, beza umur cikgu dengan saya 5 tahun jek..jarak umur dekat.cikgu jangan datang dekat dengan saya."

Muka merah dah, tahan malu.Budak-budak macam inilah yang aku suka. Makin dia jauh makin aku suka dekat. Tapi kelakarlah, budak-budak macam ini pun rase nervous sangat kalau duduk sebelah perempuan. Alahai sayang, saya tak mengorat awaklah. ;)

Sunday, July 12, 2009

gatal!~

Sementara menanti ibuku pulang membawa barangan keperluan untuk membuat chocolate cake, aku yang dilanda kebosanan lantas menghadap laptop. Aku ingin menyambung kes kedua yang berlaku di kelas pendidikan khas.

Kes kedua:
Aku sungguh simpati dengan pelajar down syndrome. Rupa mereka hampir serupa dan rata-rata mereka terdiri daripada lelaki yang berumur 16-18 tahun. Walaubagaimanapun, aku pasti akan mencuba sedaya upaya untuk menjauhi mereka. Sebenarnya, berat hati hendak melakukan sedemikian rupa, namun apakan daya, aku tidak rela diri aku disentuh dan dipegang lama-lama oleh mereka.>.<.Mereka sentiasa mencari peluang untuh duduk dan berdiri berhampiran dengan cikgu-cikgu perempuan. Sambil itu, tangan mereka akan menjalar dan merayap mencari tangan untuk disentuh malah mereka akan menyelak lengan sampai ke siku.Mungkin cikgu yang sudah berkahwin tidak kisah, tapi aku kisah sangat lebih-lebih lagi mereka adalah lelaki dan sudah besar panjang.+_+.

Namun demikian, aku sedar dalam keadaan mereka itu, mereka tidak mampu membezakan antara baik dan buruk.dan aku yang mampu berfikir inilah perlu berjaga-jaga. Yerla, kalau apa-apa terjadi pun, mereka sama sekali tidak boleh dipersalahkan.