Showing posts with label suka-suki.. Show all posts
Showing posts with label suka-suki.. Show all posts

Saturday, February 4, 2012

Patient otai

:). Bismillah.

Lama kan tak update? Banyak berangan tak sempat nak blogging. Hehe. Tak adalah. Busy sikit banyak hal. Last weekend went back to London since four of my very good friends came over. Then, balik sini, once dah start hospital. Faham-faham jerlah kan. Balik-balik bilik macam pancit tapi kena study. Walaupun begitu, katil menarik narik badan ini, lepas itu babailah kan study. Haiyo, Wan Najah. Apa nak jadi ini? By the way, ni ha kawan-kawan yang datang.

With Ayu and Aqilah.


With Yana's family.


With Sylla and Pinas, from Russia

With Ayu and Farah.

Alhamdulillah, semua yang dirancang dipermudahkanNya.Thanks Allah. Couldnt ask for more. Cuma Najah ni nak kena ketuk. Dia malas sikit study.

Anyway, aku ada satu cerita. Semalam aku kena clerk in satu patient untuk SSC aku. SSC itu student selected component macam assignmentlah. Clerk in itu ambil history patient kenapa datang hospital then examine dia orang. Dengar jantung, paru paru semua. Ada satu part clerk in called as history presenting complaint(HPC)kena ada senior doctor kena observe and bagi aku markah. Sebab nak dapat seorang senior doctor untuk observe aku punya payah, aku pun pergilah jumpa patient itu dulu dengan hasrat untuk ambil history yang lain dulu. HPC nanti aku ambil time ade senior doctor observe aku. 

Borak punya borak dengan patient, sekali dia dah cerita sekali semua history sekali dengan part HPC. Pastuh, aku cakap siap-siap, aku might come back lagi sekali dengan doctor. Tak sampai merayau-rayau dalam 5 minit kat ward itu, seorang senior doctor available untuk observe aku. Aku pun dengan selamba pergi dekat patient itu lagi sekali, kali ini dengan senior doctor itu. 

Paling taktahan, aku act macam aku first time jumpa dengan patient itu. Patient itu macam termangu mangu. Haha. Sebab dia dah kenal aku. Lepas itu aku mula lah tanya, "What brought you in?" *Dalam hati aku tolonglahhh jangan cakap kau dah cerita tadi.*. Patient dah start nak cakap, gaya dia macam nak cakap, "Kan dah cakap tadi.". Aku dengan tanpa berlengah kenyit mata, dengan harapan dia faham signal aku. 

Dia terus start cerita dari mula seolah-olah dia tak pernah cite dekat aku. Bingo! Dia paham! Alhamdulillah. Nasib baik dia tak salah faham ingat aku nak tackle dia. :P.Aku memang takkan lupalah peristiwa ini. Otai habis atok itu. Umur 78 tahun tapi otak gila-gila sama dengan aku. Nasib baik senior doctor itu tak nampak. Yeayy!Teringat dekat arwah atok aku, dah 7 tahun dah arwah pergi. Al fatihah. 

Sebab hari ini dia discharge from hospital, aku pun berlarilah ke kedai hospital untuk belikan dia card. Dia comel gila kot dengan wife dia. Loving couple habis tapi sayang tak ada anak. Tak ada rezeki. Jauh di sudut hati aku, aku berdoa agar dia dan isteri dia dikurniakan hidayah Islam selagi badan diaorang bernyawa. Diaorang baik, tapi sayang, bukan Islam. :(.Dan untuk diri aku dan kita semua, semoga kita bertambah iman kita dan dimatikan sebagai seorang mukmin. Amin ya rabbal alameen.

Adoyai tak reti rotate gambar. Layan~

Aku erasekan name patient atas sebab confidentiality patient.
Sebelum babai, salam maulud Nabi Muhammad S.A.W.
                                                                  اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آلَ مُحَمَّدٍ
O Allah! Send prayers upon Muhammad and upon the followers Muhammad.

Sunday, December 18, 2011

Abouji, it's your bday!

Alhamdulillah.ya Allah. happy 52 bday bah! Orang doakan babah supaya panjang umur, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan yang baek and dikurniakan anak anak yang soleh, solehah termasuklah orang ini. People said muka orang macam ke arah babah, ada yang cakap mama,orang pun konfius tapi yang pasti warna kulit ikut babah. Itu tak payah sangsi. Bagus jugaklah tak ikut mak sangat. Orang kata ikut mak muka, nanti panas. Tak masuk. Orang so far alhamdulillah. Masuklah dengan mama babah, macam member. 

Comparelah sendiri muke aku macam siapa.August 2009

Anyway, thanks to Allah, aku dikurniakan seorang ayah yangg strict tapi otai juga. Otai yang macam kelakar and sporting ah. Ayah aku ini kelakar gak suka nak buat suara comel-comel kalau aku call. Konon menyamar orang lainlah apalah. Menyamar macam mana pun aku kenal. Dah nama ayah sendiri. Ini gambar ayah aku masa muda. Ayah aku tinggi. Mak aku tinggi. Itu anak-anak semua tinggi. Aku jelah yang ketot among dia orang. 171cm. Naqib 184cm. Lagilah. Padahal baru form3. =_=.Oh ni gambar 22 tahun yang lalu :)

                                                                         June 1989

Anyway babah, di sini orang nak ambik kesempatan nak minta ampun maaf atas segale kesalahan yang orang buat sejak orang lahir sampai dah umur 22 tahun ini. Orang pun nak cakap terima kasih yangg tak terhingga atas segale galenya sebab atas didikan babah and mama dengan izin Allah telah menjadikan orang yang hari ini. Orang tahu kadang-kadang orang degil tapi kalau selalu, sorylah orang tak bermaksud. Orang nampak je degil, tak nak dengar, tak bagi tumpuan tapi sebenarnya, orang dengar apa semua babah cakap. Orang ingat elok elok. Orang ingat lagi pesan babah mama sampai sekarang. 

"Babah and mama dah didik elok-elok, bagi ajaran agama semua, kalau dekat Malaysia, selagi depan mata babah mama dah try sedaya upaya jaga elok-elok, berambik berantar, bagi nasihat. Nanti kat oversea, pandai-pandailah  you jaga diri eh."

InsyaAllah babah mama. Orang akan sedaya upaya jaga diri orang sebagaimana mama babah jaga orang dekat Malaysia. Babah kalau nak tahu, orang dekat sini jalan-jalan tak pakai high heels pun. Kalau pergi mana-mana pakai kasut senang nak lari. Pakai bag pun bila perlu. Sedaya upaya tak khayal or excited sangat kalau apa-apa. berlaku. Kalau nak buat apa-apa, orang akan call babah mama mintak izin dulu. Apa babah and mama tak bagi, orang selagi itu cuba untuk tak buat. Kalau  terpaksa, orang call bagitahu. Babah  mama selalu pesan zikirkan. Orang rasa happy sebab bukan semua mak ayah pesan macam itu. Tapi babah and mama selalu pesan macam itu. Suruh selawat juga. Orang sangat bersyukur dekat Allah dikurniakan mak ayah yang dapat berbincang kalau ada apa-apa hal, share opinions. Mak ayah yang tegur straight away kalau orang buat salah. Sesi tegur menegur selalu berlaku dalam kereta. Dekat sini, tak ada sapa nak tegur. Itu kalau boleh, orang sedaya upaya ingat balik apa babah and mama pesan dekat orang. InsyaAllah, orang akan cuba sedaya upaya menjadi anak yang lebih baik dari semasa ke semasa. Kalau gagal, orang akan cuba lagi. Tak boleh putus asa.

Orang mendoakan yang terbaek dunia akhirat untuk mama babah, keluarga kita and sesiapa sahaja bersama kita. Semoge anak-anak mama babah ini mampu menjadi anak soleh solehah ye ma and bah. doakan tau and kitaorang akan berusaha fighting! :))

Friday, June 18, 2010

Kritikan itu rezeki.

Ada ular bawah kerusi yang tengah kita duduk. Ada seorang menjerit,

"Woi, bodoh, gila apa, nak mati eh? Tak nampak ke ular bawah kerusi kau."

Agak-agak ular ke orang yang tegur itu kena pukul dengan kita. Kalau kita pukul orang yang tegur itu, sah-sah kita kena patuk ular.
Kritikan adalah rezeki. So jangan mudah melatah bila kena tegur.

1. Tafakkur. Jot down silap kita. Takper xpayah tunjuk dekat orang takper.
Buat correction untuk diri sendiri. Ala, macam sekolah juga. Buat correction 3 kali sebab tak nak ulang lagi in the future. Macam itu juga kita, control diri few times, lelame biasa lah tuh dengan perubahan diri itu.
2. Jadikan teman sebagai cermin kita.
Perempuan sikit-sikit tengok cermin. Saya jugaa! Kaki maintain. ;).macam itulah kawan, kita kena saling betulkan.Walaupun macam, " Ah, camane nak tegur ni nak cakap payah kawan sendiri." but still kena fikirkan cara sebab kalau tegur itu tanda sayang tau.
3. Dekatkan diri dengan ahli.
Jumpa doktor, doktor siap boleh diagnose kita sakit apa by looking. Kalau pergi jumpa ahli agama, sure mereka boleh diagnose penyakit hati apa kita ada.
4. Manfaatkan orang yang membenci kita.
Kita perlu terharu since ada juga orang sanggup nak spend masa nak fikirkan pasal kita.
5. Tafakkur dengan alam ciptaan Allah.
Fikir-fikir, nak kenal diri kenal diri juga but still kena kenal Allah, supaya apa yang kita buat sentiasa berlandaskan niat keimanan kita kepada Allah.K

Kalau ada a pile of bricks, bagai nak rak kita fikir macam manalah nak alihkan bricks ini sebab kita seorang. Tapi sebenarnye, boleh je alih satu-satu tapinya makan masa, but STILL alih juga kan from biar je bertimbun dekat situ tak alih-alih.

Sunday, January 17, 2010

Diari sebelum tidur.

Sekarang pukul 2.56am,saya ada exam 12 Februari tapi saya tak tidur lagi. Sepatutnya kenalah tidur supaya subuh tak liat bangun dan after subuh tak tidur balik boleh baca buku. Saya tengah CUBA tak nak tidur lepas subuh tak kiralah weekend ke weekdays. Najah ni poyo jerlah lebih.=D

Alhamdulillah, apa yang bajet nak buat dah buat. Feefa, saya dah belikan baju awak. saya dan Emey jalan pusing-pusing oxford street. Punya payahlaahh nak pilih baju. At last, dapat juga. Saya yang cerewet sangat bukan sebab kamu okay? *Entah Feefa baca ke tak*.Sorylah tau kalau tak lawa.

Minggu depan saya Aqeem dan Emey rayau pergi Ireland. InsyaAllah.Rindu classmate kesemuanya! Kalau dulu, tiap hari tengok muka sampai naik muak dah. =pppp. Mana ada muaklah. Makin tambah sayang adalah. ;)

Macam ini tau routine saya duduk London ini. Dengar je macam " WOW! best gile.London kot?" Walhal sama saja routine dengan semua orang tak kiralah dekat Malaysia ke, Australia ke,Ireland ke, dekat Jakarta ke kan Bashu.? Bangun pagi seorang-seorang tak ada orang nak kejutkan, makan seorang-seorang dan sembahyang seorang-seorang. Jalan pergi kelas? Pun seorang-seorang juga.Seorang-seorang je Najah? Alaa.siannya dia. HAHA.Alaaa.mati pun macam itukan. So tak payah kasihan sangat =D.

Bila weekendlah yang meriah, lagi-lagi kalau exam is not around the corner. Panjang langkah. Ke mana? Ke Oxford Streetlah. Siapa? Emey ke Ayu ke. Tapi sekarang, larangan keras untuk berbelanja. Kumpul duit nak balik Malaysia. =DD.

Nantilah saya cerita panjang-panjang. Terasa mengadalah pulak nak pakai saya-saya ini. Tapi cam smart gak. Terasa diri macam sopan-santun. Okay. Selamat malam. Salam =D

Saturday, January 16, 2010

Haramkah?

Haramkah aku bila hatiku jatuh cinta
Tuhan pegangi hatiku.
Aku hanya ingin cinta yang halal
Dengan dia tentu atas izinNya
Di mata dunia juga akhirat
Biar aku sepi aku hampa aku basi
Tuhan sayang aku
Ketika cinta bertasbih
Tuhan beri aku cinta