Sunday, March 25, 2012

The black box?

Baru lepas lecture, aku pun duduk di atas kerusi yang disediakan di kawasan dataran area Hospital Barts dengan tiga kawan yang lain. 2 orang dari Sri Lanka dan seorang lagi Russian. Lecture seterusnya 2 jam lagi.  Aku rapat dengan one of them. Itu yang melepak dengan diaorang. Mula-mula rasa awkward. Aku mengaku. Aku tak tahu nak cakap apa. Mereka berborak isu seorang kawan yang tertipu dengan house agent sebanyak 1400pound. Aku taktahu nak comment apa, aku senyap sambil bermonolog, 'ya Allah, tolonglah aku, permudahkan segala urusan, aku yakin pasti ada sesuatu ditakdirkan untuk aku berada di sini.'

Alang-alang ada berjanji dengan seorang rakan Pakistan untuk jumpa di cafeteria, aku pun memberikan alasan untuk pergi ke toilet sekejap untuk menjenguk rakan Pakistan aku.Untuk tidak menipu, aku pun pergi ke toilet sekejap untuk betulkan tudung. Nampak rakan-rakan muslim yang lepak di cafeteria, aku pun macam rasa nak stay dekat situ, tak mahu pergi balik dataran tadi. Tak mau awkward. Tapi fikir balik, oh nanti mungkir janji. Maka, aku pun gagah langkahkan kaki aku ke kerusi di dataran tadi.
Ini dataran st bartholomews hospital square. 2 kerusi itu yang kitaorang duduk.

Aku pun tak pasti macam mana, tapi kami semua end up borak pasal cuti easter. Then, tup tup beralih kepada soal umrah. Mereka bertanya apa beza umrah dan haji. Sebab telah mendapat soalan sebegitu rupa dahulu, aku pun menjawap dengan confidentnya dengan harapan tiada soalan yang akan diajukan selepas itu.,           

"Oh, it's just a smaller version of hajj, thats all."

Sekalikan, nak tahu apa? Aku mendapat soalan yang bertalu talu macam peluru berpandu daripada 3 orang rakan aku tadi. 
Antaranya. 
- Mecca? U mean the place with the black box is it?
- What is the significant of the black box?
- What is inside the black box?
- Why u have pray towards to the black box?
- Why people go around the black box?
- Why they want to do Umrah?
- What people do when they are going for Umrah? 

File:Kabaa.jpg 
The 'black box'

Nak tahu apa perasaan aku? Aku macam ya Allah. Allah jawap terus doa aku tadi. Ini rupanya. Ini rupanya takdir Allah tetapkan untuk berada di sini. Aku macam ya Allah. Perasaan aku macam berbaur. Aku tak tahu nak jawap macam mana. Ada yang aku tahu, ada yang aku tak tahu. Tetapi aku cuba sedaya upaya untuk jawap. Dalam masa yang sama, aku mengaku aku agak risau dan  tertekan dalam mengeluarkan kata kata dengan penuh hati hati kerana setiap kata kata aku luahkan ini akan dipegang oleh mereka dan secara tak langsung memberi gambaran Islam terhadap mereka. Aku yang membawa imej Islam dengan perbuatan dan perkataan perkataan aku. Aku bertanggungjawab.

Mereka nak tahu apa rukun rukun dia dan significant setiap rukun. MasyaAllah.Macam mana nak terangkan pasal ihram, tawaf, saei, cukur and tertib? Macam mana nak cari perkataan english nak terangkan? Macam mana? Kau bayangkan, soalan bertalu talu dan semua mata memandang kau, menunggu jawapan daripada kau dengan penuh sabar. Aku speechless. Then, ... Alamak, aku dah mengantuk. Mata pedih.hehe. Sorry sangat. Tak boleh nak sambung. Esok subuh siapa nak kejut kalau tidur lambat sangat. Good night. Babai. Wassalam

Tuesday, March 20, 2012

Lamaa tak updatekan.

Pagi ini terbangun dalam keadaan menangis. Mesti nak tahu apa yang sedih sangat mimpi sampai boleh menangis. Mimpi aku menceritakan bahawa aku adalah anak angkat kepada keluarga aku.Dalam mimpi itu, sebaik sahaja mak aku sahkan kebenaran itu, berderai air mata aku. HAHA. Tadi telefon cerita dekat mak. Mak kata " Hey, ni pengaruh cerita korea ini. You anak mama." Alhamdulillah ya Allah. Aku bersyukur aku masih punya mak ayah, dan merasa kehidupan dengan keluarga kandung. Alhamdulillah again. Rasa sedih mimpi itu aku tak boleh nak cakap macam mana lah. Kalau kau orang mimpi, baru kau orang rasa sendiri.

Alhamdulillah, aku dah habis exam. Exam aku semalam. Lama aku tak update blog. Sepanjang masa itu, banyak benda dah berlaku dalam hidup aku. Bukan hidup aku saja, hidup kau orang jugakan? Tak kisahlah apa pun berlaku sama ada nikmat atau musibah, janji kita meyakini bahawa semua yang datang daripada Allah adalah baik baik belaka. Antara perkara yang berlaku.

1) Menjadi emcee untuk Queen Mary Malaysian Night.
 
Aku tak pernah emcee mana mana acara pun. Seingat aku sekali aku pernah. Masa perhimpuanan zaman sekolah. Itu pun tersalah cakap apa benda entah. Terus dapat kritikan from certain cikgu. Since hari itu, memang tak terlintaslah nak berangan emcee ke apa apa.  So masa aku nak emcee ini memang cuaklah kan. Nak pula dalam English and informal punya event. Emcee kan moodsetter of an event kan. But aku bersyukur sangat dekat Allah, kerana diberikan keizinan dan peluang untuk mengacarakan majlis yang berjalan dengan jayanya. Alhamdulillah.
P/s: By the way, baru aku tahu emceeing ini tak sama langsung dengan presentation. Rasa lain.Lain sangat. 

2)Keluar dinner dengan local friends in Colchester.
 
Perasaan dia keluar dengan locals. Ini yang pertama kali. Berani ikut sebab ada tiga orang lagi muslim.  Kalau tak, jangan harap.Menarik sebab belajar betapa bezanya budaya dan adat orang di sini berbanding di Malaysia. Kalau kita biasa lepak di mamak minum teh tarek/milo/coffee. Di sini, sikit sikit wine. Then, after dinner, yang lain gerak pergi pub, aku , seorang matsaleh dan another 3 muslims balik hall. Tapikan, apa aku belajarkan, pergaulan antara lelaki dan perempuan agak bebas. Jadi, kita harus tegas dengan pendirian kita, menjaga batas-batas kita sebagai seorang perempuan muslim.

3) Bertambahnya kesedaran betapa hebatnya doa yang dilakukan dengan penuh rasa mengharap.
 

Aku menjadi saksi kepada diri sendiri apa yang aku doakan kepada Allah, dimakbulkan. Kauorang pun mesti pernah jugakkan? Apa yang dikongsikan di sini, untuk mengingatkan diri kita khususnya diri orang yang type ini. Yakinlah, Allah punya cara, pelbagai cara untuk memakbulkan doa hambaNya.  Allah Maha Pengasih Maha Penyayang. Mustahil sekali Allah tak makbulkan kecuali Dia punya perancangan lebih baik. Aku pernah meletakkan status pada facebook, "Pohonlah doa kepada Allah sekalipun tali kasut mu tercabut". Benar. Kita doa. Kita doa setiap kali usai solat. Berdoa itu ini. Berdoa dengan doa yang kita hafaz sejak zaman sekolah. Doa sebelum belajar. Doa bangun tidur.Tapi tanya lah diri kita, adakah doa yang kita lakukan itu sekadar ritual yang kita lakukan sejak kecil atau kita benar benar memaksudkannya? 

Katakan kita punya masalah. Setiap masa risau. Sebelum dan selepas solat masih risau. Betapa lemahnya dan hinanya kita lagi apabila semasa solat pun kita masih sempat memikirkan masalah kita walhal kita tengah menghadap Rab kita. Doa yang dibaca pun cepat cepat, cukup syarat doa selepas solat. Alasannya?Sebab sibuk nak fikirkan solusi masalah kita yang besar itu. Tetapi sebenarnya, kita tersilap.Kita ingat hanya diri kita lah mampu menyelesaikan masalah itu dengan usaha kita ataupun dengan bantuan orang lain. Kita terlepas pandang. Kita terlupa Rab kitalah yang memberikan ujian masalah itu kepada kita.  

Itu sebabnya kita masih tak rasa tenang sementalahan bersolat. Sebab kita lupa nak mengadu, meluahkan, menceritakan perkara sebenar, perasaan dan harapan kita dalam menghadapi ujian kepada Rab kita. Dah macam itu gayanya, macam manalah kita nak rasa lega. Even kita cerita masalah dekat kawan kita, tak harapkan any solutions from her pun, kita dah rasa lega, inikan pula pengaduan dengan penuh rasa pengharapan kepada Pemberi dan Penyelesai segala masalah kita. He knows us very well. Kemampuan and tahap pemikiran kita sebab Dia menciptakan kita. So mustahillah Allah tak nak bantu kitakan dengan caraNya tersendiri kita. Allah itu penuh kasih sayang. Penuh, penuh dan penuh. Kalau tak penuh, macam mana setiap permulaan surah dimulakan dengan bismillahirahmanirahim kecuali Surah At Taubah. Nak tahu kenapa Allah tak letakkan bismillah? Kalau nak tahu pi google hehe.

Okay, alhamdulillah. Terdapat sikit pengisian dalam  post ini. Post ini bukan lah sekadar nak mengingatkan pembaca tapi paling utama mengingatkan tuan punya blog yang bernama Wan Najah Maryam Mohd Daud. Semoga sama sama mengambil pengajaran dan menambahkan amalan dengan berdoa dengan penuh perasaan dan pengharapan bukan sekadar menadah tangan, menaburkan perkataan perkataan yang kite sendiri tidak  menghayatinya.InsyaAllah.  :)

Friday, March 2, 2012

Surgeryyyy

Dugaan buat module Cardiorespiratory ini adalah learning objectives yang banyak. Management setiap diseases banyak nak kena hafal. Berapa kali dah diri sendiri memanggil nama penuh diri sendiri untuk focus belajar. Wan Najah Maryam Mohd Daud, exam 19th March. Nasib baik flat aku tak ada orang. Cakap kuat mana tak ada siapa kisah =D. Tangan gatal tekan fb and twitter. Najah puk karang!

Anyway, aku ada lawak kentangg yang nak cite. Lawak lah bagi aku , taktahulah bagi orang lain. Aku scrub in masa surgery hari selasa yang lepas. Duduk sebelah surgeon, pegang pisau gunting segala. Ala macam dalam tv tuh, grey's ke ape ape medical series. Aku macam rasa pening kepala sikit waktu surgery itu. Darah patient banyak keluar. Biol kepala aku. Lepas itu, aku pun tak tahan, aku cakaplah, "Mr. X, boleh tak saya benti , saya pening."

*scrub in pakai macam inilahh.

Dalam sekelip mata, aku dah berada dekat atas lantai! Bukan aku pengsan. Tapi anaesthetist terus pegang aku suruh aku baring atas lantai. Aku macam dalam hati monolog, " Oh no, aku pening biasa biasa saje kenapa nak kena baring atas lantai, jammed ah camni." Nak taknak, baring jugak. Nurse nurse lain, duk tarik attire scrub aku. anaesthetist terus elevate due2 kaki aku. Then, check radial pulse aku sambil bertanya soalan soalan seperti ada hypoglycaemia ke diabetes ke apa apa sakit ke. Last sekali, dia macam whisper dekat aku,                                              " Are you expecting a baby?"

Memang danglah kan! Aku macam nak burst into laugh tapi macam control sebab maintain professionalism. Aku faham saja nape die tanye soalan itu untuk memastikan aku okay, exclude other causes of dizziness. Anaesthetist tu manalah tahu aku ini dah kahwin ke belum ke apekan. Reasonable lah dia tanya soalan macam itu. Tapi bila dapat soalan itu, aku rasa macam haha! Bila fikir fikir balik, patut aku jawap dengan tenang, insyaAllah, soon once I get married but not now. 

Itulah saja cerita aku. Hari itu aku agak seganlah dengan apa yang berlaku tapi tak apalah kan. Things do happen. Post ini tak ada pengisianlah. Sorry.Buang masa korang saje. Before aku end post ini, ada pesanan from satu ustazah, kepada diri sendiri and siapa siapa yang bace, pagi pagi kalau ingat kita doa dekat Allah, " ya Allah, peliharalah kami sepertimana Kau memelihara para orang soleh." Allah jaga kita nanti. InsyaAllah. Yakinlah.Nanti bila bila diizinkan Nya. I'll post something useful. insyaAllah. :) Wassalam.

Friday, February 17, 2012

First impression

Entry kali ini aku sebenarnya tak tahu nak type apa. Aku seorang saja tak balik London minggu ini. Malaysians and flatmates aku yang lain awal-awal dah balik dah. InsyaAllah, doakan tak ada apa-apa. Rasa okay je duduk sini time weekend even sunyi sikitlah. Tapi at least tak adalah payah mengangkut bag, naik tren ulang alik London-Colchester. 

Pernah tak kau orang jumpa someone. 1st impression korang dekat orang itu, dia macam sombong and tak friendly. Pernah? Aku pernah. Nak pula dengar cerita-cerita from orang lain. Lepas itukan, try monolog. 'Eh, mana boleh cakap/fikir macam itu, itu nama bersangka buruk.'Lepas itu, entah.Fikir macam macam. Being judgmental, rasa macam tak bersemangat nak berkawan dengan orang itu since dia macam dingin, . Nak pula orang lain dah cucuk cerita macam macam.

This cartoon is a different story. Tapi, to be honest, kadang we think too much, tak jumpa lagi dah fikir banyak banyak.

Eh, balik cerita tadi. Bukan pasal cartoon. Pasal paragraph before. Tapikan, sebenarnya, sangkaan itu sebenarnya salah! Tak kisahlah macam mana pun buruknya first impression kita atau orang lain terhadap orang itu, kita tak boleh bertindak sebegitu rupa. Bersangka baiklah. Selagi tak jumpa tak borak tak payah sangka buruk, mengiyakan cerita bukan bukan. In London, my parents cakap kalau terserempak dengan orang Melayu, senyum, tegurlah. Tak payah sombong. Tepis segala tanggapan negatif. Belum cuba tegur, borak belum tahukan?

 "Kita ingat dia sombong padahal orang itu ingat kita yang sombong."

So, apalah salahnya kita yang memulakan senyuman dan perbualan dahulu. Memberi itu lebih baik daripada menerimakan.Lepas itu, bila kita dah bergaul dengan orang yang konon2 sombong di mata kita itu, cakap-cakap okay je, baik kot orang itu. Timbul penyesalan dalam hati. 'Tak baiknya aku fikir pasal dia macam itu. Sampainya hati aku.' In a good way, alhamdulillah, kita macam sedar kesilapan kita and ambil pengajaran tak repeat lagi. Cepat-cepat istighfar. Nasib baik tak luahkan dekat siapa-siapa.

Tapi cuba kalau, kita dah hebah dekat semua orang. Dok canang orang itu sombong, tak friendly dekat member-member lain. Urgh, tak pasal saja dosakan? :( Tak baiknya. Astaghfirullahhalazim. Sampainya hati kita cakap pasal orang itu sedangkan orang itu pun kita tak kenal.

Pernah dengar kisah ini. Dalam suatu peperangan, seorang sahabat telah membunuh seorang musuh yang mengucapkan kalimah syahadah sebaik sahaja diancam bunuh oleh sahabat itu. Rasulullah S.A.W  berasa marah dengan tindakan sahabatnya itu. Sahabat itu mempertahankan tindakannya dengan berkata bahawa musuh itu mungkin mengucapkan kerana rasa takut untuk dibunuh. Rasulullah SAW berkata pada sahabatnya, " Tahukan engkau apa dalam hatinya? Hanya Allah yang tahu."

See! Sampai macam itu sekali Rasulullah SAW menganjurkan kita supaya bersangka baik dengan musuh yang ucapkan kalimah syahadah ketika saat saat getir dalam peperangan, apetah lagi dengan 1st impression kita yang bukan perang pun. Biasa-biasanya. Kawan local, orang yang kat ward.

Okaylah tak nak panjang-panjang. On top of that nak tambah, bila kita mudah terasa dengan orang tak kisahlah baru 1st time jumpa ke dah lama kawan. Rasa dia tak friendly, dia wat dek jeklah dekat aku.Tahu tak kenapa senang terasa? Memetik kata-kata ustaz Pahrol, itu petanda ego kita. Meletakkan expectation bagaiman kita harus dilayan. Kita tak sepatutnya meletakkan suatu jangkaan okay? Arasso?

So, lepas ini, marilah kita bersama-sama khususnya orang yang type ini, mengamalkan sangkaan baik tak kira apa jua keadaan, tak kisahlah 1st impression ke last impression ke, dan tak mudah terasa dalam kehidupan. If terasa, maksudnya itulah egomu. Egomu tercalar. Eceh. Okaylah kata tak ada nak type. Banyaklah kan. Panjang dah esei ini. Nak tidur dah! Good night. Mintak maap kalau salah cakap. Wassalam.

Sunday, February 12, 2012

Peringatan untuk diri

“Titip Ibuku Ya Allah”

"Nak, bangun... udah adzan subuh. Sarapanmu udah ibu siapin di meja..."
Tradisi ini sudah berlangsung 20 tahun, sejak pertama kali aku bias mengingat. Kini usiaku sudah kepala 3 dan aku jadi seorang karyawan disebuah Perusahaan Tambang, tapi kebiasaan Ibu tak pernah berubah.
"Ibu sayang... ga usah repot-repot Bu, aku dan adik-adikku udah dewasa"
Pintaku pada Ibu pada suatu pagi. Wajah tua itu langsung berubah. Pun ketika Ibu mengajakku makan siang di sebuah restoran. Buru-buru kukeluarkan uang dan kubayar semuanya. Ingin kubalas jasa Ibu selama ini dengan hasil keringatku. Raut sedih itu tak bisa disembunyikan. Kenapa Ibu mudah sekali sedih ? Aku hanya bisa mereka-reka, mungkin sekarang fasenya aku mengalami kesulitan memahami Ibu karena dari sebuah artikel yang kubaca .... orang yang lanjut usia bisa sangat sensitive dan cenderung untuk bersikap kanak-kanak ..... tapi entahlah.... Niatku ingin membahagiakan malah membuat Ibu sedih. Seperti biasa, Ibu tidak akan pernah mengatakan apa-apa.
Suatu hari kuberanikan diri untuk bertanya, " Bu, maafin aku kalau telah menyakiti perasaan Ibu. Apa yang bikin Ibu sedih ? "
Kutatap sudut-sudut mata Ibu, ada genangan air mata di sana. Terbata-bata Ibu berkata,
"Tiba-tiba Ibu merasa kalian tidak lagi membutuhkan Ibu. Kalian sudah dewasa, sudah bisa menghidupi diri sendiri. Ibu tidak boleh lagi menyiapkan sarapan untuk kalian, Ibu tidak bisa lagi jajanin kalian. Semua sudah bisa kalian lakukan sendiri ".
Ah, Ya Allah, ternyata buat seorang Ibu .. bersusah payah melayani putra-putrinya adalah sebuah kebahagiaan. Satu hal yang tak pernah kusadari sebelumnya. Niat membahagiakan bisa jadi malah membuat orang tua menjadi sedih karena kita tidak berusaha untuk saling membuka diri melihat arti kebahagiaan dari sudut pandang masing-masing.
Diam-diam aku bermuhasabah. .. Apa yang telah kupersembahkan untuk Ibu dalam usiaku sekarang ? Adakah Ibu bahagia dan bangga pada putera putrinya ? Ketika itu kutanya pada Ibu, Ibu menjawab, " Banyak sekali nak kebahagiaan yang telah kalian berikan pada Ibu. Kalian tumbuh sehat dan lucu ketika bayi adalah kebahagiaan . Kalian berprestasi di sekolah adalah kebanggaan buat Ibu. Kalian berprestasi di pekerjaan adalah kebanggaan buat Ibu . Setelah dewasa, kalian berprilaku sebagaimana seharusnya seorang hamba, itu kebahagiaan buat Ibu. Setiap kali binar mata kalian mengisyaratkan kebahagiaan di situlah kebahagiaan orang tua."
Lagi-lagi aku hanya bisa berucap, " Ampunkan aku ya Allah kalau selama ini sedikit sekali ketulusan yang kuberikan kepada Ibu. Masih banyak alasan ketika Ibu menginginkan sesuatu. "
Betapa sabarnya Ibuku melalui liku-liku kehidupan. Sebagai seorang wanita karier seharusnya banyak alasan yang bisa dilontarkan Ibuku untuk "cuti" dari pekerjaan rumah atau menyerahkan tugas itu kepada pembantu. Tapi tidak! Ibuku seorang yang idealis. Menata keluarga, merawat dan mendidik anak-anak adalah hak prerogatif seorang ibu yang takkan bisa dilimpahkan kepada siapapun. Pukul 3 dinihari Ibu bangun dan membangunkan kami untuk tahajud. Menunggu subuh Ibu ke dapur menyiapkan sarapan sementara aku dan adik-adik sering tertidur lagi... Ah, maafin kami Ibu .... 18 jam sehari sebagai "pekerja" seakan tak pernah membuat Ibu lelah.. Sanggupkah aku ya Allah ?
"Nak... bangun nak, udah azan subuh ... sarapannya udah Ibu siapin dimeja.. " Kali ini aku lompat segera.. kubuka pintu kamar dan kurangkul Ibu sehangat mungkin, kuciumi pipinya yang mulai keriput, kutatap matanya lekat-lekat dan kuucapkan, " Terimakasih Ibu, aku beruntung sekali memiliki Ibu yang baik hati, ijinkan aku membahagiakan Ibu...". Kulihat binar itu memancarkan kebahagiaan. .. Cintaku ini milikmu, Ibu... Aku masih sangat membutuhkanmu. .. Maafkan aku yang belum bisa menjabarkan arti kebahagiaan buat dirimu..
Sahabat.. tidak selamanya kata sayang harus diungkapkan dengan kalimat "aku sayang padamu..",  namun begitu, Rasulullah menyuruh kita untuk menyampaikan rasa cinta yang kita punya kepada orang yang kita cintai karena Allah.
Ayo kita mulai dari orang terdekat yang sangat mencintai kita ... Ibu dan ayah walau mereka tak pernah meminta dan mungkin telah tiada. Percayalah.. kata-kata itu akan membuat mereka sangat berarti dan bahagia.
Wallaahua'lam
"Ya Allah, cintai Ibuku, beri aku kesempatan untuk bisa membahagiakan Ibu..., dan jika saatnya nanti Ibu Kau panggil, panggillah dalam keadaan khusnul khatimah. Ampunilah segala dosa-dosanya dan sayangilah ia sebagaimana ia menyayangi aku selagi aku kecil "
__._,_.___ 

Saturday, February 11, 2012

Ceramah Maulidur rasul

Cinta kepada Rasululllah tak bermusim.Oleh: Syeikh Nuruddin Marbu Al Banjari Al-Makki.


Catatan peribadi aku. Kalau nak dengar yang full, buka sini. Dekat bahagian muat turun.

1. Cinta kepada Rasulullah umpama ikan dengan air. Ikan tidak boleh hidup tanpa air.
2.Keterikatan kita kepada hukum, sunnah and Rasulullah bermula sejak bangun tidur. Baca doa bangun tidur. Pergi toilet kaki kiri, baca doa. 
3. Kehidupan muslim itu berbeza dengan kehidupan non muslim. Makan sama makan duduk sama duduk, semua sama, so beza apa? Non muslim ikut tradisi, kita ikut hukum halal and haram, syariat Islam yang punya nilai tinggi di sisi Allah.
4. Kita tak mahu hidup kita yang singkat ada ruang yang sia-sia, kalau boleh jadikan semua bernilai di sisi Allah.Therefore, apa-apa kita buat semua, buat dengan sunnah Rasulullah SAW.
5. Jasa seorang makhluk tak akan pernah sama dengan jasa baginda since makhluk help us for kemaslahatan dunia wherelse Rasulullah taught us everything, untuk dunia and akhirat.
6. Firman Allah " Terdapat dalam jiwa Rasulullah, contoh teladan terbaik." 
7. Rasulullah SAW, "Tidak berimanlah seorang manusia selagi dia tak mencintai diriku melebihinya diri sendiri."
8. Tali hubung kita dengan Rasulullah SAW tak boleh pernah putus.
9. Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, berwudhuk, bertasbih 33x subhannallah, alhamdulillah Allahuakbar, rohnya akan mengabdikan diri kepada Allah. Dapat ganjaran pahala.
10.Lakukan sesuatu ibadah sebagai bentuk mahabbah kepada Rasulullah SAW, dilakukan mengikut kemampuan individual. Kalau boleh dalam segala aspek.Kalau cikgu, mengajarlah. Dekat rumah lakukan tanggungjawab sebagai anak,isteri, suami.
11. Kalau memperingati Rasulullah SAW sekali setahun untuk bidaah. Dah setahun sekali ingat memang bidaah lah. Kita wajar amalan sunnah sepanjang tahun, kehidupan kita. Posisi kita sekarang abad 15, sambutan maulidur rasul kita mengikut riwayat-riwayat yang tercantum dalam lembaran sejarah, amalan-amalan seperti membaca alquran, dengan ceramah sirah, yang mana satukah yang dikatakan bidaah dhalalah?
12. Nabi Muhammad SAW berpuasa hari isnin, mensyukuri kelahiran Rasulullah SAW.
13. Solat tak khusyuk sangat, istighfar. Solat lagi, tak khusyuk, istighfar lagi. Solat lagi, tak khusyuk lagi, istighfar lagi. Macam itulah keadaan kita. Teruskanlah. Begitulah kitaran hidup kita. Bila buat salah, minta keampunan. 
14. Istiqamah dalam mengamalkan sunnah.2 golongan. Golongan pertama, ahli mahabbah sebati dengan amalan sunnah. Sesaat sahaja terlepas tak ingat nabi, akan anggap diri sendiri kafir. Kedua, golongan mudah tercabar dengan keduniaan.Kalau kita boleh makan, pakai dengan istiqamah which keperluan hidup di dunia, takkan kita tak boleh istiqamah dengan beramal?Apatah lagi dengan sunnah Rasulullah, which is keperluan hidup abadi. 
15. Kalau tak mahu istiqamah, trylah cari herba, try untuk tak mati, takpayah hadapi akhirat. But boleh ke? Kalau tak boleh, maka persiapkan lah diri kita. Tabahkan lah diri kita dalam beristiqamah.
16. Ganjaran orang zaman sekarang, mencabar, pahala kita 50 kali ganda from sahabat.
17. Allah tengok pada kejujuran kita, Allah akan bagi 
18. Ganjaran pahala orang meraikan maulidur rasul, apa yang kita harapkan adalah redha Allah dan Rasul.
19. If Allah dah restu, kita akan dapat segala-galanya. 
20. Cerita: Abu Lahab gembira dengan cerita kelahiran putera Muhammad SAW, hambanya dibebaskan pada hari itu. Dapat keringanan daripada azab pada hari isnin dengan bentuk mahabah yang sedikit. Macam mana pulak dengan orang yang amalkan dengan sunnah sentiase? Ganjaran tak terbayang.
21. Macam mana nak amalkan sunnah since pertama kali bayi dilahirkan. Bukan baby, sejak dari awal lagi, pinangan, peminangan, siapa? First thing, Iqamah; kalimah tauhid. Baby before makan pape, susu ibu ke apa, bawa kepada tok guru, bertahnik. Buah tamar yang manis, supaya akhlak perilaku yang manis. Adunan tamar mulut orang yang mulia yang banyak bertasbih, buah yang manis and air zam zam, insyaAllah, banyak berkat.  Korbankan lembu/kambing then hari ketujuh gondolkan kepala. Rambut baby masa dalam rahim boleh bawa penyakit, affect IQ baby itu sendiri.
22. Ajarkan Qudwah Hasanah  kepada anak. Dont bohong. Solat jemaah.
23. Penghayatan berpunca daripada mahabah kita kepada Rasulullah SAW. Tasbih, tuntut ilmu, selawat. Lebih banyak, lebih elok. Peruntukkan masa untuk selawat, dicukupkan orang itu dan diampunkan dosa.
24. Bidaah mustahabah, contoh menuntut ilmu from ikim secara online, radio, part of bidaah hasanah. Bidaah yang bercanggah dengan jalur-jalur ketetapan Allah adalah bidaah dhalalah.
25. Seorang Islam, muslim, mukmin sebagaimana kita nak kesetiaan daripada anak, isteri, pekerja-pekerja, jangan kita dikhayalkan dengan semua itu, orang yang sepatutnya kita patut paling setia and utamakan dalam kehidupan adalah Rasulullah SAW.
26. Tak ada sesiapa yang paling berjasa dalam hidup kita, selain daripada Rasulullah SAW.

Alhamdulillah. :)