Sunday, November 27, 2011

Memiliki kemampuan bersyukur

Assalam.Aku baru lepas mandi. Segar rasa. Tiba-tiba aku dapat idea untuk tulis post pasal study luar negara. Manusia kan, tak pernah bersyukur. The grass on the other side always greener. Aku sebenarnya teringin juga rasa belajar dekat universiti tempatan dekat Malaysia, tanah airku tercinta. Teringin apa rasanya belajar medic dekat Malaysia, apa rasanya buat praktikal dekat hospital Malaysia. Sistem hospital dekat Malaysia sendiri aku tak tahu. Segan rasanya bila orang sini tanya aku sistem dekat Malaysia macam mana aku tak tahu nak jawap. Sebab aku kurang pasti. Walaubagaimanapun, macam mana pun aku rasa, orang lain yang study dekat Malaysia, mesti teringin sangat nak study dekat luar negara UK ke mana mana jerlah. Macam mana rasanya, dapat pergi jalan sini sana, udara sejuk. 

Regardless apa aku rasa atau orang yang study dekat Malaysia rasa, yakinlah bahawa setiap benda ada kekurangan dan kelebihannya, Dekat sini, memang best kalau pergi jalan-jalan. Tapi dari segi kehidupan seharian,aku berpendapat sememangnya mencabar.Semua kena settle sendiri. Kalau dekat Malaysia, at least adalah juga cable, kenal orang sini sana ke ape. Sini, kita orang nak buat apa-apa, start from mula. Tak ada cable apa-apa. Mak ayah jauh.Kawan-kawanlah yang ada tapi kadang mereka pun serabut juga. Masing-masing ada hal sendiri. Ada suatu hari kau rasa bersemangat sangat, harap semua berlaku lancar, tapi sebaliknya berlaku. Balik bilik, kesat air mata sendiri cakap bertabahlah wahai hati, Allah ada dekat sebelah. Teringin nak bercerita dekat mak ayah, tanya pendapat. Telefon ada, tapi tak sama dengan cakap berhadapankan.Perbezaan waktu. Balik pukul 5pm, Malaysia dah pukul berapakan? 1am.Nasib baik flatmates aku best, memahami and pendengar yang baik. Sayang dia orang!  

Bayangkan di sebuah negara yang asing, bangun pagi-pagi, pergi tube sendiri gerak hospital. Nasib area aku ramai muslim. Terasa macam securelah. Anyway, selain itu, duduk sini, aku macam kurang terlibat dengan apa-apa persatuan. ISOC jer aku join. Yang lain, kurang sikit. Aku rasa ini masalah aku kot sebab aku yang macam tak join. Tapi, kalau di Malaysia, obviously lainlah kan. Aku suka juga masuk persatuan sini sana. Main netball, basketball ke wakil uni. *Aku dah terlalu lama tak bersukan. Oh aku sedih. Badan tak sihat.*At least ada juga benda kau nak buat selain belajar. Interact sini sana, Aku macam kurang join sangat sebab budaya terlalu beza kot. Jadi, aku rasa insecure and kurang yakin untuk pergi join sendiri-sendiri unless ada juga sorang Malaysian pergi dengan aku. Maybe ini salah akulah.

Dari segi makanan, memang kalau tak masak, makan rotilah kau. Haha. Soo, malas macam manaa pun, still kena masak. Dekat Malaysia, best kot rasa lapar, malas, pergi beli. Sini teringin makan ini itu, google recipe dan main masak-masak. In a way, baguslah juga, skill memasak sedikit sebanyak ada jugaklah kan. Dah tahun ketiga, aku terasa kawan-kawan satu batch makin jarang jumpe. :(. Sebab masing-masing hospital lain, if hospital sama pun, tak tentu jumpa since hospital lain. So, nampak? Memang tersangat independentlah diri ini walaupun tak nak.Aku tak duduk rumah, duduk hall, bilik, soo kurang rase homey sikit. Tapi as what i mention before, flatmates aku best. Alhamdulillah nak masuk 2 tahun dah dengan diaorang. Kalau bab winter, terasa duka lara jugaklah hati ini, bayangkan magrib pukul 4pm. Awal habis dah gelap.Keluar rumah pagi-pagi gelap, balik pun gelap. 

Okay enough with the complaints. Sebenarnye alhamdulillah bersyukur amat-amat dekat Allah walaupun betapa payah hidup di rantau orang ini, aku dah berjaya melaluinya selama 2 tahun yang lepas.Aku dulu suka fikir," Cube kalau aku belajar dekat Malaysia, sure lagi senang tang tu tang ni". Tapi lama-lama aku muhasabah balik, kalau aku keep on fikir, kalau kalau kalau, itu semua tak ada, Yang ada sekarang. Gunakan saje apa yang ada ini dan lakukan semuanya dengan terbaik. Nabi sendiri pesan, jangan pernah fikir kalau, bila fikir sajaaa, syaitanlah paling excited kan. "what if what if" membayangkan and memikirkan sesuatu yang dah terjadi apa gunaya. Allah dah tetapkan semua ini. Siapa belajar dekat Malaysia bersyukurlah, awak dapat apa yang saya tak dapat. Yang belajar dekat sini termasuklah aku, bersyukurlah apa yang aku dapat, ade orang tak dapat. 

Hidup susah. Hidup senang. Semuanya bergantung kepada apa yang kita fikirkan dalam otak dan hati kita. Kalau kita rasa susah, susahlah dia. If senang, senanglah. Kalau kotak hati kita kotor, sentiasa tak bersyukur, memanglah kita fikir hidup kita payah sangat tak macam orang lain. Padahal, orang lain, dugaan dia lagi melampau lampau, tapi dia still okay saje. Sebab apa? Sebab dia yakin Allah adalah penentu takdir yang terbaik, susah senang macam mana pun, pasti ada sebab dia kan. PASTI. Btw, aku rasa antara hikmah study sini adalah, pergantungan kepada Allah itu extra-extra-extra dan dapat peluang untuk merapatkan diri dengan Dia. Semoga Allah tak bolak balikkan hati ini setelah dikurniakan hidayah. amin ya Allah. 

Oh no, aku tertype panjang sangat. Banyak benda aku complaint. Reflection sikit. Tapi, okaylahkan. Sekadar catatan untuk mengingatkan diri sendiri yang kadang kadang terlupa untuk bersyukur. Asyik complaint saja keja. Aku akhiri post ini dengan hadis ini: 

Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila kamu melihat seseorang dikurniakan kelebihan dengan harta melimpah-limpah dan dengan kecantikan, maka lihatlah pula kepada orang yang serba kekurangan”.
(Bukhari)

Janganlah meminta hidup yang mudah Wan Najah Maryam, tapi mintalah hati yang tabah. InsyaAllah. :)

Thursday, November 24, 2011

Badan keletihan sedikit

Alhamdulillah. Hari ini macam best sedikitlah. Dapat dengar murmurs, mitral regurgitation. Aku rasa semalam aku dah banyak tidur dah. Tapi still, rase penat sekarang ini. Pergi hospital siang tadi pukul 8.15am gerak. Sampai dalam 8.45am. Ingat ada teaching pukul 9am, sekali registrar tangguh pukul 1-2pm. Dia text bagitahu pukul 8.30am. Memang tak boleh nak buat apalah kan. Dah sampai hospital baru perasan message, kalau tak boleh pergi lambat sikit. Then, jumpa Keerthi, kawan local aku originally from Sri Lanka, dia cantik and manis. Haha tibe tibe je puji. Random. Anyway, stay hospital sampai pukul 3pm macam itulah. Ada teaching respiratory examination tapi Keerthi macam malas nak pergi, aku macam malas juga sebab plan nak balik awal, buka puasa pukul 4.03pm. Sampai-sampai rumah lupa lauk yang aku masak aku bubuh dalam freezer. Dang! Tak keluarkan pagi tadi. So, makan lah aku roti paratha and cheese sikit 3 keping. Ni baru makan 2 limau and 2 keping biskut oreo. Ada orang cakap muka aku dah cengkung. Happy jugaklah. Weh aku kenaa tidur awal esok ada clinical skills session all day long. Agak peliklah aku buat post macam ini. Aku padahal penat habis kot ini, badan cam lenguh sini sana, mata dah nak tutup.Badan mula bising nak hak diaaaa. Faham faham. Nak tidurlah ini. Hak untuk exam macam mana, Banyak tak habis baca. Tak apa tak payah fikir. Cukuplah apa Allah dah plan kan untuk awak hari ini. Syukur Alhamdulillah. Semoga esok lagi baik from hari ini. Esok hari Jumaat kasi semangat sikit.  Oh baca artikel ini best suka. ketenangan hati 

Sunday, November 20, 2011

For the love of Allah

Bismillahirahmanirahim.



Alhamdulillah. Walaupun badan mula menuntut hak dia untuk berehat and tidur, aku dan kawan kawan telah berjaya untuk stay sepanjang hari dan menumpukan perhatian kepada lecture semasa Twins of Faith semalam. Hari ini mata duk terkebil kebil asyik minta nak tidur, walhal study tak seoptimum mana pun.In short, apa aku boleh katakan pasal semalam, lecture-lecture semalam telah banyak memberikan kami banyak  pengetahuan baru and peringatan terhadap benda yang sememangnya tahu.  Yang berbeza adalah bahasa saja.

Biasanya, aku banyak dengar dalam Bahasa Melayu. So kali ini in English, soo macam baguslah , since kadang-kadang aku menerima pelbagai soalan from kawan kawan local yang aku tak dapat nak terangkan dengan baik dalam English. Bila aku stuck dalam menerangkan tak kisahlah dari segi bahasa atau kekurangan pengetahuan aku sendiri, mesti aku jawap macam ni " Oh okay, I think I might need to look up more about this, and know properly how to explain in English, later I'll come back to you yeah?".Segan jugalah. Tapi eloklah daripada kita menerangkan sesuatu yang luar daripada pengetahuan dan kemampuan kita. Karang salah, dah boleh bagi ajaran sesat. Oh no, sory dah start merapu. @_@

Anyway, banyak topic-topic yang telah dibincangkan semalam. As expectedlah kan, Nouman Ali Khan is a splendid speaker! Personally, sukalah dengar talk dia bagi sebab dia suka mulakan dengan benda yang basic dan ringan-ringan. Benda yang berat sangat boleh menyebabkan orang daripada nak buat baik, terus tak jadi sebab tak rasa tak mampu.

Tajuk dia semalam adalah " The Best of People". He referred to some verses of The Quran, I'm sorry cause I missed it. To become the best of people, we should get the fundamentals sort out first. Look after these fundamentals:
1) Worshipping Allah
2) Parents
3) Relatives
4) Orphans and the needy.


  • He highlighted, rather than trying so hard to change the world, you should start within yourself, family first. Then, you can start to think about the community.
  • Be a balanced individual, a better slave to Allah. He mentioned rather than spending TOO much time at mosque, make sure that we have a good relationship with our own family, relatives. People who are having hard times at home normally appear to be judgmental, sarcastic, easy to get angry and having all those negative feelings in this world. Call your parents, siblings and have a proper conversation with them :) [*Oh no, now i miss home :( ]
  • Whenever we speak, speak good things or if you don't have anything good thing to say, just keep quiet. [Najah, Take note please!]. 
  • Also, if you disagree, do it respectfully. Before you tell it to others, think first whether would it bring benefits to you or others, Allah will be pleased? If not, then don't say it. This will be saving urself from sins a lot.
  • Learn how to let go things especially girls. Do not keep it in your heart and talk nicely to each other. [Dengar itu, Najah]
  • Before thinking and chasing for further knowledge, practise on what we have learned.[*Betulkan, amalkan apa yang kita belajar. Belajar belajar tapi x amal. Apa gunanya ]



He gave a second talk after that which title was "Race to Forgive". Nanti, I'll update about that talk. I need to cook proper food for this week. If not, I'll be eating only bread, biscuits and cereal. Balik hospital, kelaparan. So I need to start cooking now although it's 11.03pm kalau tak, tak cukup nutrient minggu ini. Okay, harap harap, post ini mampu memberikan peringatan kepada diri sendri and orang lain. Semoge Allah membuka jalan untuk kita mendekati diriNya dengan istiqamah, Aminn ya  Rabbal alamin. :)

Wednesday, November 2, 2011

Tips untuk interview.

Seriously dah lupa. Dah lama lah. Tapi tak apa. Meh try. Bismillah.

Okay pertama sekali. Pertama sekali, betulkan niat buat kerana Allah and kita cakap dekat diri kita, regardless apa kita apa-apa yang kita dah usaha, dah praktis bagai nak rak dah ke, setiap hari baca medical issues ke, dah hafal dah jawapan-jawapan untuk soalan dia akan tanya, apa-apa effort jelah, apa yang kita akan lalui masa interview itu nanti, interviewer dia, baik hati ke tak, soalan macam mana dia tanya, idea yang terfikir and jawapan apa yang terkeluar from mulut kita time pada waktu itu semuanya ketentuan Allah. Allah dah tetapkan. Maka, bila dah ada keyakinan dan kesedaran kita betapa lemahnya kita sebagai hamba kepada Allah yang Maha Mengetahui, apa-apa yang yang bakal kita dapat, kita akan sentiase berserah setelah berusaha yang terbaik, tenang dan redha atas ketentuanNya. Sebab? Allah lagi tahu. insyaAllah ^_^.

Ha yang ini masuk part usaha-usaha yang boleh dilakukan.
1) Untuk siapa yang apply pergi UK, buatlah Personal Statement yang terbaik. Kalau tak mantap, mantap kan lagi. Fotostat and bagi kawan and cikgu.Tanya kawan-kawan yang hebat English, pendapat cikgu-cikgu. Personal Statement sangat penting untuk dapat interviews. UKCAT juga. Siapa nak masuk Queen Mary London ini, praktis eh jawap soalan-soalan dia.

2) Speak English. Walaupun rasa macam sengal habis cara cakap, tebalkan muka. Tapi faham je.Peliklah pulak pergi mana-mana semangat waja nak speak english. Nampak poyo teramatlah kan. If boleh, buatlah. If tak boleh, speak English with your close friends. Janji to each other mase dekat kelas kalau boleh, speak English je. Tak pun dengan roommate.

3) Study Medical and Ethical Issues. Mak aih. Study? Haha takpayahlah gila-gila sangat. Baca newspaper everyday, although homework banyak teramat. Cari masa. Banyak paper STAR itu. Janganlah spend masa berjam-jam lama sangat. Ingat pesan Nabi, prinsip ini kalau pegang, tak rasa nak berat nak buat, 

" Sebaik baik amalan ialah amalan yang sedikit walaupun berterusan"

Bacalah health or ethical related issues. Satu or dua article sehari. Boleh mantapkan vocab juga kan?Focus one article, cari words tak faham, then tulis dalam vocab book. Ingat biar sikit, tapi konsisten.

4) Praktis dengan kawan-kawan. Practice makes perfect! Jangan macam main-main, kalau boleh do it seriously pretend it as the real one. Soalan-soalan Queen Mary. Urgh tak ingat. But alhamdulillah. Korek facebook inbox. Jumpa ini! Here are some questionss that might be asked: 

Y medicine? (just ans sincerely even though ur ans is a cliche)
Y QM? (Dont just say coz my brother is there. I suggest u study QM's university prospective)

If u're a patient and I'm a doctor, what kinda qualities u hope I have?
Do u know wheres QM?
Latest medical related issue?
What qualities you possess?
Any experience u hv during ur attachment that makes u think "this is it. Nothing but doctor for me"?
What problems do you think might occur during clinical sessions since there are many races and cultures of ppl in London (Said language may be a barrier and gave a similiar example which occurred back home)
Wad u do to destress?
If you have a friend who wants to do medicine but is unsure wad wud u say to discourage him. (Dont over-do this one till it seems as if u dread medicine ursef, after the cons give the pros)

I think u know that we hv pbl here. They might ask u about it so make sure u understand what is pbl n why u like it. Understand about the integrated teaching system also and inject it in ur answers to show u really know whats at QM. STUDY THE PROSPECTUS OK!!! oh and i think last time they asked our seniors bout the health system in malaysia. The interview is about 20-25 minutes. U'll find that its short and there are more u wanted to say.

Oh when u go in to meet the interviewers, SMILE and give a firm handshake if u can. Try remembering their names too.


I had a friend who only talked about shopping all the time during the interview, n she got a conditional offer. SO as long as u hv a nice personality which can capture their heart, u stand a chance in getting an offer. Last but not least, be humble and show traits of a doctor :)
Any more questions dont hesitate to ask ok. Gud luck!!


Credit to my friend, Linda she's 4th year now.

Before masuk interview, bacalah selawat, ayat al Quran, doa-doa. Seriously, kita sangat memerlukan Allah. Allah yang tetapkan semuaNya. Tapi macam, takmau masa susah jekan ingat Allah, susah senang mesti ingat Allah. If senang, syukur. If susah, sabar. Buatlah solat dhuha kalau mampu. Solat dhuha kan murah kan rezeki kita. 

Sorylah kalau ada kurang. Saya ini bukanlah terer pun bab interview-interview ini and saya punya banyak kelemahan. Buat ini since ada reader requested and saya hanya sekadar berkongsi pengalaman. Cuba tanya orang lain juga. Setiap orang cara dia lain. Apa-apa pesanan yang saya share dalam post ini ditujukan terutamanya pada diri sendiri jugaa yang sering terlupa. Semoga post ini membantu. Apa-apa tanyelah. Kalau saya mampu, saya jawap. If tak, tanya orang lain.hehe. 

Bye-bye. Wassalam 


Eh ni presentation hari itu http://www.youtube.com/watch?v=0b2Qz9h6Fzw&feature=share

Friday, October 28, 2011

Roommate saya.

Oh ha assalam.hye! Kali ini nak buat post pasal my very first and last roommate. Bukan tak pernah sebilik dengan kawan kawan before this. Pernah. Cuma time itu dekat asrama kan. Bukan roommate tapi dormmates. 19 orang. Haha. Ramai habis kan. Jadi, yang ini special sikit. Bukan semua orang yang kita kawan dapat hidup serumah atau sebilik dengan kita. This one Allah yang takdirkan saya satu bilik dengan dia. 

Ingat lagi masa first day registration dekat kmb. Masa itu dah plan kalau boleh nak sama bilik dengan Basirah Anati, ex-classmate dekat kusess since form 1. Lepas itu. tak ada rezeki sebab lambat sampai. Hipotesis nya adalah, semakin dekat rumah dengan kolej, semakin lambat sampai untuk registration dekat kolej. Maka, sampai lambat lah masa registration itu. Basirah dah habis register dah, dah siap masuk bilik dah. Aku baru hegeh hegeh nak register. 

Lepas itu, masa nak ambil kunci bilik, tengok depan, tengok siapa yang beratur depan aku. Nampak noyan dengan mahi. Dua dua berkepit pergi sana-sini, so memang sahlah kan dia orang kenal each other and sure masuk bilik sama sam. Lepas itu, macam agak-agaklah, oh budak depan ini mesti jadi roommate aku. Lepas itu, dalam hati, siapa pun bakal jadi roommate aku, insyaAllah,aku terima saje. Lepas itu, trylah usha orang depan aku. Oh, putihnya. Cantik. Hehe.

Maka, bermulalahhh perjalanan kami di kmb bersama-sama.Banyak ups and downs. Hari ini, dia senyap tak cakap apa-apa. Aku buat salah ke? Kadang kadang aku cerita, tapi dia tak respond sangat? Aku ada salah cakap ke. Hari esok, dia tak study dekat bilik ke? Dia tak suka aku ke. Lepas itu, aku bisik dekat diri sendiri, hey hey najah tak elok sangka buruk, dia mesti ada alasan die tersendiri. Maybe moody pasal benda lain ke. Dah. Tak payah fikir.Aku bisik dalam hati lagi, tepis segalaaa sangkaan negatif.

Hari berganti hari. Kita orang gelak, cerita macam-macam, share pasal cintan cintun.Suka dia ini suka dia itu. Lepas itu, kadang adalah datang hari yang macam awkward. Tapi itu biasalahkan takkan nak okay je sepanjang masa. Pantai mana yang tak dilambung ombakkan. Eceh.Berpantun pulak. Selalu pagi bangun subuh, kami saling mengejut. Takpun tengah study-study, kalau ngantuk nak tidur jap, mintak Zulaikha kejutkan. 

Haaa.yang ini situasi penting. Masa itu, pagi pagi sangat. Tiba-tiba aku sakit perut yang sampai menangis. Aku memang takkan lupalah ini. Zulaikha yang tengah lena tidur aku kejut. Sakit yang amat sangat. Dia dengan muka yang lalok lalok pergi watercooler ambikkan air panas masuk botol, balut dengan kain batik, suruh aku buh dekat perut. Then, pergi bilik Noyan, tanya kalau adaa pain killer nak bagi aku. Aaa, inilah kemanisannn ada roommate. Haha. Aku rasa terharu yang amat time ini. Serius.

Lepas itu, saat saat dah nak habis IB, masing masing mula open up cerita, 1st impression pasal each other masa mula mula kenal dulu. Dia ada beritahu aku her first impression towards me and cerita balik asal dia macam itu macam ini. Since tahu itu, bila ingat dulu-dulu, everything that happened dulu, terjawap. HAHA. Kan ada cakap tadi dia cam tak reply kalau aku ceritakan. Dia kata dia malas nak layan sebab aku cakap banyak sangatt.Sogan den. 

Anywayyy, tujuan wujudkan post ini adalah itu mengingati kenangan aku dan roommate aku yang tercinta, Siti Zulaikha Pishol. Tak kisah lah kenangan itu manis ke pahit ke sebab perkara-perkara yang berlaku dululah yang telah menjadikan diri kita yang hari ini. You got a special place in my heart. Eceh. Aku malu nak cakap. Aku kan mana expressive tak reti cakap cakap macam ini. Malu. Tapi Nabi ada pesan, kalau kita sayang kat someone, beritahu dia. So ini aku beritahulah ini. Hehe. Take care Zulaikha, I love you because of Allah. InsyaAllah. Semoga Allah memberkati persahabatan kita sehingga akhir hayat. Walaupun dah tak jumpa tiap-tiap hari macam dulu, semoge kita saling mendoakan kesejahteraan dan kejayaan masing masing di dunia dan akhirat. Jom jadi doctor yang berjaya. InsyaAllah. ;)



Wednesday, October 19, 2011

Yo.Assalam.

Oh haa.Ingat tak ada cakap nak sambung pasal episode alhamdulillah. Btw,sekarang ini macam terasa macam letih. Mata pedih tak tahulah tak cukup tidur ke apa. Maybe sebab agak memikirkan presentation tadi. So macam tidur tidur tapi asyik tersedar sebab tak lena. Sampai macam tu sekali? Mak aihkan. Haha. Entahlah lately 2 malam tidur tak proper. Lampu tak tutup elok-elok.Badan tak masuk duvet. Tengah malam tersedar. Tidur tapi tak nyenyak. Dah dah cukup najah tak payah membebel.

        Oh ha ini. Yang hari itu kan. Dah present itu yang boleh terus terang saje dekat sini. Alhamdulillah sebenarnye I got a prize my oral presentation masa second year. Sekarang kan baru masuk third year. So, my SSC coordinator gave an email, inviting me to give presentation again on William Harvey Day. Hari apa itu? Ini description dia;


Seriouslylahkan, memang macam apa yang stated dekat dalam ayat seribu dinar itu. Rezeki kalau Allah nak bagi dari arah yang tak disangka sangka. Memang kalau Allah cakap kun fayakun memang nak jadi benda itu jadilah. Masa buat preparation ini fikir; just nak buat terbaik sajelah tak pernah terfikir apa-apa. Apa-apa langsung. Nak dapat prize ke nak bagi talk masa William Harvey Day ke. Even taktahu pun kewujudan William Harvery Day ini. Kalau kawan-kawan rasa macam kagum, tak perlulah eh. Kagum kepada Dia. Allah yang bagi. Saya serious tak buat apa-apa yang extra. Saya serius buat benda ini macam biasa macam kerja-kerja saya selalu buat.
             
              Saya bagi talk pasal apa? Pasal treatments of childhood obesity. Thanks to Farah Asyikin. She recorded my presentation. Nanti dia upload kat fb die kata but die nak edit -edit dulu apa yang patut. Nanti kalau dah upload kalau nak tengok pergilah click. Sekarang die tak upload lagi. Oh ha ni ada dalam buku iterinary.

*Cari-cari nama saya.hehe

Saja buat posting ini. Nanti suatu masa boleh tengok balik. Ingat nikmat-nikmat Allah yang sememangnya banyak setiap hari dan yang ini salah satu nikmat yang extra sikit. Ingat, Najah. Ingat Ingat. Dapat sesuatu yang baik janganlah ingat ini adalah hasil usaha kita sendiri. Usaha awak itu berapa lah sangat. Allah yang bagi bukan sebab awak usaha. Dapat benda macam ini means kena sentiasa bersyukur sentiase bersyukur kepada Allah. Tapi kalau dapat kesusahan kena bersabar. Bukan setakat type and cakap cakap dekat sini. Amalan itu yang penting.


“Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu.”- (2,3-Surah At-Talaq) *Ayat seribu dinar.

Nanti lain kali saya cuba sedaya upaya buat reflection yang lagi baik and lebih organised yeah? Cerita masa nak present semua. Adalah episode serabut.Sekarang dah malam, esok ada PBL, tak revise lagi.

Tuesday, October 11, 2011

post cinta

Lamaaaa gila gila tak buat sebarang comments mengenai cinta. Hal ini disebabkan aku pernah buat post pasal cinta, lepas dikritik hebat oleh kawan sendiri. Dia kata aku macam desperate mengenai soal cinta. Betapa terpukulnya dengan kata kata kawan aku itu. But it's okay dah maafkan. Setahun yang lepas dah pun. Dalam pada itu, aku fikir fikir balik aku cuma  melahirkan apa yang aku rasa, even semua orang berdoa dan berharap agar dipertemukan dengan cinta masing-masing kan? Beritahu dekat aku, siapa tak harap macam itu? So, aku tak adalah rasa macam desperate pun since semua orang pun ada harapan macam itu. Kan. Kan.

Dalam hati kita ini, tak boleh ada dua cinta. Hanya boleh ada satu cinta. Cinta kepada Dia. Bila terbit cinta kedua dalam hati selain Dia, cinta kepada Dia tak ada. Itu memang hukum dia kecuali cinta yang lahir kerana Dia. Itu Ustaz Pahrol cakap semalam, dalam Mukmin Professional dekat ikim semalam. Oleh itu, moleklah sekiranya, setiap orang termasuk diri saya sentiasa mengingatkan diri sendiri, apabila kita mula mencintai sesuatu atau seseorang, kembalilah kepadaNya. Jadikan cinta kita kepada seseorang itu, cinta kerana Allah dan berlandaskan syariat Islam. Saya selalu teringat ada talk kata, kalau dari mula sesuatu hubungan itu tak berkat, bagaimana perkahwinan nak berkat. Hal ini menyebabkan sayaa mengambil langkah lebih berhati hati dalam urusan mencintai seseorang, sebab bila dah cinta, semua benda yang dipandang haram berdosa semua dulu masa single, jadi tak apa sebab soal sayang. Urgh, takutnya. Tak mau! Nauzubillahiminzalik.

Setiap orang ada pandangan masing masing mengenai couple. Saya taknak bagi ulasann lebih lebih, itu hak individu and saya mengambil sikap bersederhana saje. Sebab sayaa ini bukan orang yang berpengalaman dari segi soal couple. Tak pandai.  Seriously. Takut nak cakap apa-apa. Sebab sendiri dah tak ingat apa perasaan bercinta and suke orang. Punya lamalahhh kan tak terlibat dengan kes suke dekat orang. Haha. Kalau suke sama suke, as long as pandai menjaga batasan syariat Islam, hati , perasaan and pandai bahagi masa nak belajar and bercinta, masa dengan keluarga, kawan kawan and paling utama, masa dengan Dia. Saya memang tabik springlah siapa yang mampu sebab saya tak pandai bahagi masaaa. And saya rasa saya macam tak cukup kuat untuk menjaga diri saya dari segi syariat Islam dan paling soal hati saya. Nanti masa and ruang hati untuk Dia macam mana? Masa untuk mak ayah macam mana? Study?

Itulah kadang kadang sendiri wonder, aik macam mana ni, sampai bila nak pandai bahagi masa? Jauh di hati saya memohon and berdoa kepada Allah agar mempermudahkan dan meringankan soal jodoh. Berdoa agar dikurniakan the RIGHT guy at the RIGHT time. Tak couple sekarang does not mean tak akan dipertemukan jodoh kan nanti? Couple sekarang pun tak semestinya menjanjikan perkahwinan kan? Even orang yang dah berkahwin pun boleh cerai, inikan couple. So, insyaAllah, ya Allah, dengan ruang masa yang terhad ini, saya berdoa agar kami semua mampu berusaha memanfaatkan masa single untuk mencari cinta Dia dan menggunakan masa sebaik mungkin untuk keluarga, strive our best in studies, dan menghargai kawan-kawan, dan menjadi orang yang lebih baik kerana Allah. Masa tak akan berulang. Dengan umur yang meningkat, bila sampai masanya, kami memohon dipertemukan dengan jodoh yang terbaik buat diri kami pada masa yang terbaik. Amin ya Rabbal alameen. :)