Monday, May 10, 2010

Kenapa belajar Medic susah.

Aku mengerah diri aku untuk membaca buku dan ingat segala. Dan aku agak tertekan sebab tinggal lagi seminggu. Mengalahkan IB cume IB 7 subjects dan periksa hari lain-lain. Yang ini enam module sekali arung sehari written exam sehari spotter(anatomy and microanatomy)dengan sehari OSCE.

Aku bising medic susah. Aku flashback. Nak sangat ambik medic. Ambik kau. Ayat interview ingat jelas lagi nyata(hukum izhar)urgh.aku hebat meraban.
"I know being a doctor is very demanding on my personal time and I really dont mind. I am so ready to be called as medical student."

Yeah. Readylah sangat. Yeah yeah yeah. Positive. >.<

Come on Najah. Ini telah ditakdirkan Allah untuk aku. Berlapang dada. Entah-entah kalau x pick medic, tak sampai awak dekat KMB tak sampai pun dekat London ini.

Bersyukurlah gemok. Allah bagi nikmat. Apa yang awak nak dapat. Awak tinggal usaha, hargai dan jangan sia-siakan peluang Allah bagi.

Tahu tak sebab apa dalam banyak-banyak course, medic paling susah?
Sebab awak tengah belajar ciptaan Allah yang terbaik iaitu manusia.

Kesweetan. So, expectedlah cik Najah oi. Tu yang susah.

Ya Allah, aku sangat mengagumi Kebesaran dan Keagungan ciptaanMu.Chongmal!(*sungguh dalam korean*) =DD. Semoga bertambah iman. Amin!

Tuesday, May 4, 2010

ekspresi diriku untuk dirimu.

Yes, I know I should be studying. Know dat.
13 days to go. There are soo many things to cover.
Awak pun sama?Ayuh ayuh kayuh laju laju samapai pokok sena.>.
Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah yang telah bagi aku kekuatan dan kehidupan sampai hari ini. Aku dah umur 21 tahun. Dan pertama kalilah menyambutnya seorang diri. Ini merupakan tanda aku semakin independent dan matang. Apa? Yeah.matang.

My mum said.
"Oh dah besar anak mama, semoge berjaya dalam apa ajah nak. Jadi proaktif.Kalau dipertemukan jodoh bukan sekarang, tapi nanti.Dan kalau boleh biar yang beriman."

Amin!!
Tapi bukan pasal jodoh aku nak cakap. Aku nak cakap perasaan aku terhadap mak ayah aku.
Terutama mak aku lah since mak aku dah lahirkan aku. Dahlah lahir songsang normal pula itu. Seksa betul aku menyeksa mak aku.Oh ibu. Tidak ku pinta lahir begitu. =DD.

Oleh itu, saya membuat secebis coretan hati untuk mencatatkan perasaan saya setelah berumur 21 tahun dan keinginan untuk menjadi Najah yang lebih baik daripada Najah yang telah hidup selama 21 tahun yang lalu.

Nak jadi orang yang sentiasa berlapang dada. Kalau boleh tak nak cakap pasal orang lain kecuali perkara baik-baik jer.. InsyaAllah. Nak kurangkan berat badan. Tak nak jadi kasar sangat. Biasa-biasa je. Perangai elok-elok. Cakap elok-elok. Tak fikir buruk pasal orang. Tak nak buruk sangka. Kuat sabar.Tak nak sembahyang lambat-lambat dan kena sembahyang tak kira apa jua pun masalah.Kena selalu sangat ingat Allah.Kena baca quran selalu. Jangan ada tolak ansur. Kena belajar lagi kuat. Kena perangai sopan-sopan. KENA JADI lagi MATANG. Kena selalu exercise. Nak buat terawih penuh kecuali waktu yang terlarang saja. Nak khatam time bulan puasa tak kira tak kira tak kira kena buat juga.InsyaAllah. Kena jadi kawan yang baik. Kena buat saja apa mak ayah suruh tak boleh merungut. Kena hormati pendapat orang. Kena belajar bahasa Arab. Kena buat umrah. penat dah nak type.Last sekali, buat dan fokus ape yang dah type tadi. Kalau tak berubah siap.Lepuk jerrrrrrrrr.

Ya Allah, kami hanya mampu merancang tetapi Kau yang menentukan. Permudahkan segala urusan dan jangan Kau susahkan ya Allah. =DD

Wednesday, April 7, 2010

Bangkai.

Ada pun setiap amal ibadah apa pun juga yang tidak disertakan perhubungan batin maka yang demikian itu adalah ibarat bangkai yang tak bernyawa lagi atau kata lebih tegas,

"Bangkai ibadah namanya".

Jauhkan Ya Allah. Jauhkan kami daripada itu.

Monday, April 5, 2010

It's Easter bebeh

Saya kembali keseorangan setelah Ayu dan Iman meninggalkan rumah aku pagi ini. Iman menuju ke Cardiff, Ayu balik rumah dia. Semalam nak balik tapi dah malam sangat. Jadi, dia stay saja kat bilik aku. Aku tidur pukul 4.30 pagi tadi. Skype dengan tipah dengan chat dengan sumone. Before that, duk layan cerita hantu thai. Cerita Dorm aku tertidur lembap sangat. Coming Soon menarik juga. Iman jerit tapi cam cover-cover. Ingat aku tak tahu?

Ramai orang macam tak percaya aku tak pergi mana time Easter ini. Yerlah cuti 2 minggu biar betik tak pergi mana. Nak wat macam mana. Dah itu yang aku decide lama before cuti lagi. Lagipun, parents aku dah siap cakap. Rehat-rehatlah duduk bilik dulu, 4 tahun lagi nak jalan.

Aku duduk bilik, aku kemas benda-benda yang patut. Aku masak apa yang aku nak. Aku layan semua benda yang aku nak. Best tahu tak? Personally, aku rasa enjoy duduk rumah. Travelling suka, tapi tak suka bila bab-bab pancit and rushing-rushing. Ada orang suka tapi aku cam tak sangat. Biasa-biasa saja.

Cuma ni ha. Kelmarin, aku, Ayu, Emey, Cheqot,Iman, Farah, Saffa dengan Alisya pergi theme park; known as Thorpe Park. Serius best weh best weh. Semua jenis roller coaster aku naik except saw. Tengoklah picha-picha kat bawah. Serius, korang kena pergi!















Aku sekarang tak ada suara sebab benda ini semua. For more pics tengok dekat fblah. Aku nak bubuh caption tapi bila type buat post ini, code gambar yang keluar bukan gambar,so aku tak tahu which one is which. Take caree!

Tuesday, March 16, 2010

Close tab.Blah ahhhhh.

Aku buh apa je aku suka dalam blog aku. Kalau kau tak suka jangan baca. Kau nak judge-judge aku, blah arrr. Aku tak suka. Tak suka. Tak suka.Faham tak awak? jgn la nak sibuk jaga tepi kain org.

Aku : " Mama, nape kan ma ajah tak wat orang cmtuh, nape dierang wat ajah cmtuh?". Ajah tak cakap pun pasal orang tu. Kenapa dia cakap pasal ajah?. Ajah tak fikir pun die macam tuh. Nape die fikir ajah macam tuh?"

Mama: "Tuh name dia manusia Najah. Kita tak boleh nak tutup mulut orang. Dalam sedar tak sedar kadang-kadang, kita pun buat benda yang sama. Apa yang penting, kita buat bodoh jer. Lantak dialah nak cakap apa. Asalkan kita tahu apa kita buat. Paling penting, Allah tahu apa dalam hati kita."

Manusia. Ada saje tak kena. Itu tak kena. Ini tak kena. Aku wat blog tulis apa yang aku nak. Suka hati aku ngan mak bapak akulah. Ada aku suruh kau fikirkan untuk aku. Ada? Eh tolong fikirkan nak tulis apa ni. Ada aku tulis bagi hidup kau susah? Tak adakan?
So senyaplah.
Kalau tak rasa aku ni itu inilah. Close tab. Tak payah baca blog aku. Senang. Habis cerita!

Tak apalah. Aku maafkan. Malas nak fikir. Ingat setiap manusia ada kelemahan dan kelebihan. Mungkin aku lemah bab yang kau cakap itu, tapi ingat kau pun ade lemah kau bab lain. Biar sama-sama jaga mulut.

Saturday, March 13, 2010

Correction.

Eh, previous post aku bagi orang salah faham. Bukan aku clash weh. Kawan aku.

Aku buat post khas untuk dia. Tak ada kaitan dengan aku. Yang perasaan clash itu aku macam dengar orang lain cerita. So, aku type jerlah.

Dengar macam ramai je break up lately ini. Sabar jelah eh. Kumbang bukan seekor. Bunga bukan sekuntum.

Cheers. =D

Sunday, March 7, 2010

Hate this part right here.

Apa perasaan putus cinta?
Sangat sedih. Hati remuk.

Kita sayang sangat-sangat-sangat dekat seseorang itu tapi kena lepaskan dia pergi. Bukan saja-saja nak lepaskan tapi terpaksa. Hanya Tuhan saja yang tahu betapa payahnya nak lepaskan seseorang itu pergi tapi kena lepas juga. KENA.

Membayangkan macam mana nak lalui hidup seterusnya tanpa orang itu. Kalau dulu, apa-apa nak cerita, cerita dekat dia. Phone nanti dah tak ada orang hantar message dah. Tak ada orang nak call kita dah. Dalam otak fikir, tak tahu nak gambarkan perasaan bila orang yang kita sayang itu, pernah sayang kita tiba-tiba akan sayang dekat orang lain dah. Kenapa boleh macam itu? Kenapa dia tak sayang dekat kita saja? Kenapa boleh tukar-tukar?

Semua benda yang pernah plan sama-sama. Nak pergi sana, sini semualah. Kalau jalan-jalan pergi mana-mana, tiba-tiba terpandang satu benda yang closely related dengan si dia. Rasa sedih, sebab teringat semua benda yang best-best masa inlove dengan dia. Kenangan-kenangan yang sweet yang dia dengan kita pernah sama-sama rasa.

_________________________________________________________________________________________

Dah-dah-dah-dah. STOP IT. Tak payah nak larut sangat dengan perasaan sedih. Saya tak marah kalau awak nak nangis. Sebab saya pernah rasa. Nangis-nangis kalau teringat. Beriya pulak tuh. Saya pernah tengok kawan-kawan saya nangis. Boleh nangis. Tapi jangan lama sangat, hidup kita kena teruskan.

Setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing-masing. Kalau boleh, elakkanlah menunding jari, memikirkan soal siapa yang salah dalam sesuatu hubungan itu. Cinta mati macam mana pun kita dekat seseorang, kalau Allah kata putus, putus juga akhirnya. Soal jodoh semua dekat lauh Mahfuz. Kita sangat-sangat clueless.

Hidup kita bukanlah semata-mata menagih cinta daripada seseorang lelaki yang masih tak pasti lagi menjadi suami kita nanti. Umur 20, nak masuk 21 tahun, kata nak jadi doctor, nak kerja kumpul duit banyak-banyak, balas balik jasa mak ayah. Paling penting, hidup kita di dunia sementara sahaja sebab kita akan mati. Maksudnya, kalau sedih-sedih sangat dan fikir-fikir lama sangat kenapalah boleh putus, buat penat saja nak fikir lebih-lebih sebab dia tak masuk timbangan amal kebaikan dekat akhirat nanti.

Btw, we're running out of time. Tak sempat nak fikir-fikir benda dah berlaku. Kita kena pandang ke depan, hargai apa yang kita ada, untuk kejar kejayaan dunia dan akhirat. Plus, cari bakal suami lain.=p

Allah tidak tidak pernah mencabut sesuatu daripada kita kecuali Dia menggantikannya dengan yang lebih baik. Yakinlah dengan sepenuh hati dan seluruh jiwa raga tanpa sekelumit pun rasa ragu ; pilihan Allah adalah pilihan terbaik untuk kita.

P/S:to You-know-who-u-are, sorry kalau aku tak dapat bagi kata-kata yang mampu sedapkan hati kau sebab aku tak rasa apa yang kau rasa. Jadi, aku tak mampu cakap lebih-lebih. =D